Musim artis cerai buat Azhar Sulaiman takut, bimbang
Pelakon veteran, Azhar Sulaiman takut dan bimbang setelah melihat berita penceraian rakan artis sejak kebelakangan ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azhar di laman Instagramnya, dia turut sedih dengan nasib yang menimpa beberapa rakan artis yang sudah berpisah dengan pasangan masing-masing.
Azhar Sulaiman takut
Artikel lain: Hampir enam tahun berkahwin, Kaka Azraff cerai talak satu – Sumber
“Tahun 2024 merupakan tahun yang buruk kepada ramai pasangan selebriti yang telah berpisah. Rasa sedih dan takut mula menyakat minda Behar,” katanya.
Dalam video itu juga, dia berkongsi koleksi gambar bersama isteri dan tiga orang anaknya iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.
Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar rumah tangga Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin kekal hingga ke jannah dan sentiasa bahagia di sisi keluarga tercinta.
Azhar Sulaiman takut
Sejak akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan berita penceraian pasangan selebriti seperti Fattah Amin dan Fazura, Emma Maembong, Fazleyt Yaakob dan terbaharu Que Haidar.
Sekadar info, Azhar mendirikan rumah tangga dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 23 Julai 1995 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram @Azhar Sulaiman
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source