Kakak Jofliam pula buka mulut, dakwa Dewi guna beg tangan milik Cik Epal?
Pergolakan rumah tangga influencer, Cik Epal dengan bekas suami serta wanita yang dikaitkan menjadi punca penceraian nampaknya belum berakhir apabila kakak Jofliam pula buka mulut perihal isu tersebut.
Menerusi akaun Thread menggunakan nama nuruljofli, wanita yang mengaku sebagai kakak kepada usahawan berkenaan telah memuat naik satu gambar beg tangan dipercayai milik Cik Epal.
Kongsi gambar beg tangan, kakak Jofliam pula buka mulut
Dalam hantaran tersebut, nuruljofli menyatakan yang Cik Epal sendiri belum menggunakan beg tangan berkenaan, namun telah digunakan oleh wanita dikenali sebagai Dewi.
“Lawakan beg ni. Tuan badan pun belum guna tapi ada orang ambil guna ke hulu hilir usung beg ni, aiyooo,” tulisnya.
Kakak Jofliam pula buka mulut, dakwa Cik Epal dihalau dari rumah
Selepas perkongsian itu menjadi tular dan mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di platform berkenaan, nuruljofli telah tampil memberitahu bahawa dialah kakak yang digelar ‘toksik’ oleh adiknya sendiri dan dituduh menjadi punca rumah tangga bersama Cik Epal musnah.
Ujarnya, Cik Epal telah dihalau keluar dari rumah namun wanita yang dikaitkan dengan Jofliam pula kerap datang ke kediaman tersebut dengan alasan menjaga anak-anak kepada usahawan itu.
“…ke sana kemari si sondol dengan adik saya..siap gunakan brg2 adik ipar saya n konon terpaling jaga anak2 buah saya…
“Si isteri di halau dr rumah yg mana masih dlm iddah tapi si sondol yg masih dalam iddah juga yg baru bercerai selepas balik dr milan di ajak dtg ke rumah dan membuat rumah tu mcm rumah sendiri…” tulisnya.
Kakak Jofliam pula buka mulut, netizen tunjuk gambar beg dipakai ‘penyondol’?
Susulan daripada itu, terdapat beberapa komen daripada netizen seakan membenarkan apa yang dinyatakan oleh kakak Jofliam apabila memuat naik gambar seorang wanita yang menggunakan beg tangan tersebut.
Artikel lain: Cik Epal tuntut ganti rugi RM1 juta, gesa Dewi mohon maaf
Ibu Jofliam juga tinggalkan komen ‘pedas’
Ada juga komen yang ditulis oleh ibu kepada Jofliam dengan mendakwa barang-barang Cik Epal telah digunakan oleh wanita tersebut sedangkan dia juga berada dalam idah kerana baru sahaja sah bercerai.
Dapat dilihat komen tersebut begitu geram dan menggelar wanita yang dikaitkan dengan Jofliam sebagai penyondol.
Disebabkan itu, nuruljofli memohon maaf andai ada sebarang kesalahan ejaan dibuat ibunya di ruangan komen kerana dia berasa begitu marah dengan apa yang berlaku.
Tak logik kakak nak runtuhkan masjid adik sendiri
Tegas kakak kepada Jofliam, dia tidak sepenuhnya menyalahkan adiknya, namun berharap agar dia sedar dengan apa yang berlaku kerana tidak logik sebagai seorang kakak mahu meruntuhkan masjid ahli keluarganya sendiri yang sudah memasuki usia 10 tahun.
Terdahulu, Cik Epal telah memuat naik satu hantaran dengan menuntut Dewi membayar sebanyak RM1,000,000 serta permohonan maaf kepadanya secara terbuka dengan alasan telah menfitnah sehingga mencalarkan imejnya.
Sumber: Thread nuruljofli
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source