Netizen gesa Vivy Yusof beri penjelasan punca Khazanah & PNB rugi RM43.9 juta
Netize gesa Vivy Yusof beri penjelasan berhubung kerugian pelaburan dibuat oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM47 yang sedang hangat menjadi bualan ramai.
Nama usahawan yang juga pengasas bersama Fashion Valet, Vivy Yusof menjadi bualan apabila Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet) kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
Difahamkan, jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet.
Netizen gesa Vivy Yusof beri penjelasan
Susulan itu, meninjau di platform X termasuk ruangan komen pada hantaran Instagram Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, warganet mula membanjiri dengan menggesa usahawan wanita itu memberi penjelasan sebenar.
Salah seorang pengguna X @JatIkhwan meluahkan pandangan dan berharap alangkah indahnya jika usahawan berusia 36 tahun itu menjawab semua persoalan orang ramai, lebih-lebih lagi dana awam turut terlibat dalam pelaburan dibuat Fashion Valet.
“Bestnya kalau kat Malaysia ada sesi mendengar awam. Nak juga tengok Vivy Yusof menjawab kepada orang awam dan pihak berkenaan kenapa sampai pelaburan dana awam pun boleh rugi sehingga RM44 juta.
“Vivy perlu menjawab. Kita perlu memanggilya keluar (beri penjelasan), seronoklah terlepas begitu,”ciapnya.
Khazanah & PNB rugi RM43.9 juta
Terdahulu, Kementerian Kewangan berkata, pelaburan itu adalah sebahagian daripada mandat Khazanah pada waktu itu untuk memupuk usahawan teknologi tempatan dan mendapatkan pendedahan kepada tesis pelaburan dalam sektor e-dagang yang kian berkembang.
Pada masa sama, tesis pelaburan PNB adalah untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera yang sedang berkembang pesat untuk menjadi platform runcit serantau bagi jenama Malaysia dan pelaburan ke dalam syarikat Fashion Valet bertujuan menyokong rancangan pertumbuhan perniagaan.
Artikel lain: Dituduh ambil kesempatan, Vivy Yusof jawab isu jual koleksi tudung bendera Palestin
Bagaimanapun, berikutan pandemik COVID-19 dan pasaran pengumpulan dana yang mencabar, perniagaan Fashion Valet terjejas teruk dan lanjutan daripada itu, ia memerlukan modal baharu yang besar untuk meneruskan operasi.
Difahamkan, penjualan ini merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab bagi Khazanah dan PNB kepada pelabur strategik, dengan harapan dapat membantu Fashion Valet memenuhi keperluan pembiayaan dan memulihkan perniagaannya dalam industri yang mencabar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source