“Saya buat keputusan untuk berpisah dengan suami…” -Diana Danielle
Pelakon terkenal, Diana Danielle telah membuat satu hantaran di Instagram dengan memaklumkan yang dirinya telah berpisah dengan suami dan akan menfailkan penceraian tersebut.
Perkara berkenaan sudah tentu mengejutkan ramai memandangkan mereka baru sahaja memulakan kehidupan baru setelah kembali rujuk daripada penceraian kali pertama.
Diana Danielle tak akan jelaskan punca
Dalam hantaran tersebut, Diana memaklumkan yang dia tidak akan menjelaskan punca mengapa perpisahan tersebut berlaku, namun sempat memerli mengatakan mungkin suaminya akan memberikan bunga, cincin dan janji kosong seperti selalu.
“Tidak, saya tak akan jelaskan kenapa. Mungkin dia akan buat sesuatu sama seperti selalu. Dengan bunga, cincin dan janji-janji kosong,” tulisnya.
Artikel lain: “Kembali kepada agama, itu sahaja..”- Farid Kamil kongsi rahsia pulihkan rumah tangga
Diana Danielle kata rujuk bukan untuk semua orang
Dia juga menyatakan bahawa mungkin rujuk bukanlah sesuai untuk semua orang dan dia memilih untuk pergi sahaja sambil mengucapkan terima kasih.
“Rujuk bukan untuk semua orang. Biarkan saya pergi, terima kasih,” tulisnya ringkas.
Perkongsian tersebut sudah tentu mengejutkan ramai memandangkan saban minggu ada sahaja berita tentang perpisahan selebriti yang mengejutkan ramai.
Sebelum ini, Diana dan Farid Kamil telah sah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Walau bagaimanapun, mereka dilihat kembali akrab dan mengakui sudah rujuk semula pada 31 Ogos 2023 ketika masih dalam idah.
Sumber: Instagram dianadanielleb
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source