Anugerah Diraja PTSS, Hadiah Istimewa Lok Mee Wan, Anak Pengawal Keselamatan Buat Keluarga
Baru-baru ini, AEON peruncit terkemuka Malaysia telah mengumumkan Duta Kids Republic yang pertama dengan slogan ‘Kids Who Create The Future’ bagi menyokong perjalanan pelapis muda masa hadapan.
Peringkat akhir pencarian duta ini telah diadakan seiring pelancaran kelab Very Important Parents (VIP) yang merupakan aplikasi terbaharu di dalam iAEON. Puteri Aisya Carlysa Mohd Azham Shah yang berusia 10 tahun berjaya menewaskan kesemua finalis akhir yang lain dengan keyakinan tinggi serta kepetahannya berkata-kata.
Ketika ditemui team Pa&Ma, Aisya Carlysa melahirkan rasa syukur dan gembira kerana telah dipilih sebagai Duta Kids Republic yang pertama.
“Alhamdulillah, bersyukur dan sangat gembira. Saya sertai pertandingan ini kerana nak cabar diri serta nak tahu kebolehan diri sendiri.”
Menjawab soalan tentang persiapan untuk menyertai pertandingan ini, Aisya Carlysa memberitahu yang dia hanya menjadi dirinya sendiri.
“Saya cuma menjadi diri sendiri. Tak adalah persiapan apa-apa pun tapi mungkin keyakinan saya yang buat saya menyerlah.”
Aisya Carlysa juga memberitahu yang dia akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi contoh terbaik kepada kanak-kanak lain.
Dia turut menitipkan pesanan sekiranya ada kanak-kanak lain yang mahu bertanding, hanya jadi diri sendiri dan sentiasa sedar bahawa tiada orang yang sempurna.
Selain itu, Pa&Ma turut menemuramah Low Ngai Yuen yang merupakan Ketua Pegawai Pemasaran AEON Group Malaysia tentang proses pemilihan Duta Kids Republic.
Menurut Low, mereka menerima lebih dari 1700 penyertaan dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas pengumuman tentang pencarian duta ini dibuat.
“Saya sangat teruja kerana dapat memperkenalkan duta kami, Aisya. Dia seorang yang hebat! Kids Republic merupakan satu jenama dari Jepun yang menggunakan tagline “Untuk anak-anak yang akan mencipta esok.”
Tambahnya lagi, dengan slogan yang ‘berat’ begitu maka tercetuslah idea untuk mencari role model yang boleh menjadi inspirasi kepada kanak-kanak yang lain.
“Dari semua penyertaan, kita pilih 24 yang terbaik untuk membuat saringan. Akhirnya, Aisya yang terpilih sebagai duta Kids Republic.
Kita bukan cari kanak-kanak yang comel tapi yang boleh menjadi inspirasi dan mendorong orang lain untuk buat lebih lagi. Kebolehan untuk menjadi inspirasi itu kepada kanak-kanak lain itulah faktor utama.”
Bercakap tentang pemilihan Aisya Carlysa sebagai duta, Low memberitahu dia seorang kanak-kanak yang bertanggungjawab. Selain itu, dia juga bercita-cita tinggi serta sentiasa percaya dengan apa yang dia inginkan.
“Dia akan berfikir sebelum bercakap kerana dia bertanggungjawab dengan setiap apa yang diperkatakan.”
Menurut Low lagi, tugas utama Aisya Carlysa sebagai duta adalah untuk pergi mengikuti tour ke sekolah, negeri-negeri dalam Malaysia serta cawangan AEON Mall yang lain untuk membuat bengkel bersama kanak-kanak di sana.
“Tujuannya nanti, kita harapkan dia boleh berkongsi dengan kita apa perubahan yang memberi makna kepada masyarakat dan orang lain yang boleh mereka lakukan tanpa perlu tunggu mereka dewasa.”
Pertandingan akhir tersebut telah diadakan di IOI City Mall Putrajaya. Seramai 24 finalis luar biasa dibahagikan kepada dua kategori: Kategori A, menampilkan kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun, dan Kategori B, terdiri daripada kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun sebelum akhirnya Puteri Aisya Carlysa terpilih menjadi duta Kids Republic.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source