Peniaga pisang goreng beri gaji ‘basic’ pada staf RM2,000 sebulan
Seorang peniaga pisang goreng tepi jalan mendedahkan dia memberikan gaji permulaan berjumlah RM2,000 kepada pekerjanya telah berjaya menarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @destinasitv, lelaki yang dikenali sebagai Pak Yeop itu berkata gaji yang diberikan adalah setimpal dengan penat lelah pekerjanya yang menggoreng pisang dan menjual kepada pelanggan.
Peniaga pisang goreng
Bukan itu sahaja, Pak Yeop memberitahu kesemua pekerjanya turut diberikan bonus tahunan RM2,000 demi menghargai pengorbanan mereka.
“Gaji sekarang basic seribu setengah, saya akan bagi mereka basic RM2,000 okay. Hujung tahun mereka ada bonus, tahun ini pun seorang bonus RM2,000 tapi tengoklah dengan mata kasar. Macam mana titik peluh mereka nak menggoreng pisang,” ujarnya.
Peniaga pisang goreng
Artikel lain: Graduan impi gaji lebih RM3,000 di awal kerjaya, netizen minta berangan dulu
Difahamkan juga, individu yang bekerja dengan Pak Yeop bukanlah orang asing dimana mereka adalah darah dagingnya yang sentiasa ada dikala susah dan senang untuk membangunkan perniagaan keluarga.
“Tapi ni sebenarnya perniagaan keluarga, saya pun tak tahu bila kan? Akhirnya esok akan ke arah mereka juga. Tak ada cadangan pun nak buka tempat lain goreng pisang atas nama saya sendiri,” katanya.
Netizen puji Pak Yeop
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tahap gaji yang diberikan Pak Yeop kepada kesemua pekerjanya dengan adil tanpa mengambil sebarang kesempatan.
Harap dikurniakan majikan macam ni
Dalam pada itu, ramai yang menganggap Pak Yeop seorang majikan yang baik dan perlu dijadikan contoh kepada pemilik syarikat yang lain.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kadar gaji minimum dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu.
Sumber: TikTok @destinasitv
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source