“Saya sayangkan isteri, anak2..”- Farid Kamil mohon doa, berusaha selamatkan rumah tangga
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil mohon doa orang ramai agar dipermudah urusan untuk menjernihkan hubungan bersama isteri yang juga aktres, Diana Danielle.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, pemilik nama Farid Kamil Zahari, 42, memaklumkan dia sedia maklum dengan perkhabaran isterinya memfailkan perceraian buat kali kedua selepas mereka kembali rujuk pada tahun lalu.
Dalam perkongsian tersebut Farid juga mengatakan bahawa dia masih sayangkan isterinya dan juga anak anaknya.
“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut dan seperti semua orang maklum, saya sayangkan isteri saya dan anak-anak saya,”katanya.
Farid Kamil mohon doa
Ujarnya lagi, dia juga akan cuba berusaha memperbaiki hubungannya dengan isteri sekaligus menyelamatkan rumah tangga, selain meminta orang ramai mendoakannya.
“Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali. Insya-Allah doakan yang baik-baik,”katanya lagi.
Dalam hantaran tersebut, Farid tidak memaklumkan punca isterinya itu mahu menfailkan penceraian terhadapnya.
Artikel lain: “Saya buat keputusan untuk berpisah dengan suami…” -Diana Danielle
Pada Isnin, Diana memuat naik kenyataan di Instagram memaklumkan dia sudah tidak mahu hidup bersama Farid dan akan memfailkan penceraian dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Diana dan Farid Kamil telah sah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Walau bagaimanapun, mereka dilihat kembali akrab dan mengakui sudah rujuk semula pada 31 Ogos 2023 ketika masih dalam idah.
Sumber: Instagram Farid Kamil
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source