“Ketika Firaun Berperang Dengan Lanun!”
Tahukah anda, bahawa angkatan Firaun pernah berdepan dengan ancaman lanun? Ya, peristiwa ini tercetus ketika era Firaun Ramses III.
Pertempuran Delta adalah salah satu pertempuran paling terkenal dalam sejarah Mesir purba, berlangsung ketika era Dinasti 20 di bawah pemerintahan Ramses III.
Ia melibatkan pertembungan antara Ramses III dan sekumpulan perompak pelaut yang dikenali sebagai Sea People. Pertempuran ini menandakan pertemuan epik antara Firaun yang gagah berani dengan lanun yang ganas dan tidak kenal ampun.
Sea People merupakan konfederasi lanun yang bermaharajalela di sekitar Laut Mediterranean pada akhir Zaman Gangsa. Mereka terkenal dengan kemahiran pembinaan kapal dan seni peperangan maritim yang canggih, serta sikap suka menjarah yang menjadikan mereka ancaman besar kepada kestabilan serantau pada waktu itu.
Mereka menyerang kota-kota di pinggir pantai dan mengganggu laluan perdagangan, menyebabkan ketidakstabilan dan ketakutan di kalangan penduduk setempat.
Pada tahun 1177 SM, Sea People melancarkan serangan besar-besaran ke Mediterranean Timur. Mereka menyerang bandar-bandar di sepanjang pantai Mesir, Anatolia, dan Levant, menyebabkan kemusnahan yang meluas. Ancaman ini tidak boleh dipandang remeh, dan Mesir, di bawah kepimpinan Ramses III, bersiap sedia untuk mempertahankan tanah air mereka.
Mesir berjaya menangkis pencerobohan Sea People dengan mengalahkan mereka menerusi Pertempuran Delta di muara Sungai Nil. Pertempuran ini berlaku di darat dan laut, menuntut strategi yang berkesan dari tentera Ramses III.
Tentera laut Mesir, yang dilengkapi dengan kapal-kapal perang yang kukuh dan taktikal, berjaya memusnahkan kapal-kapal Sea People. Pada masa yang sama, tentera darat Mesir bergelut dengan pasukan darat Sea People dalam pertempuran sengit.
Kemenangan Ramses III dalam Pertempuran Delta tidak hanya bergantung kepada keberanian tenteranya, tetapi juga pada penggunaan taktik dan teknologi ketenteraan yang unggul.
Pemanah Mesir, dengan kemahiran mereka yang luar biasa, memberikan kelebihan yang signifikan dalam pertempuran ini. Selain itu, penggunaan kereta kuda yang tangkas dan berkesan membolehkan tentera Mesir menguasai medan perang dengan lebih mudah.
Selepas pertempuran, Ramses III mendirikan satu siri inskripsi dan kuil di Medinet Habu, menggambarkan pertempuran dan kemenangannya ke atas Sea People. Ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan kemenangan, tetapi juga untuk mengabadikan kebesaran dan kekuasaan Mesir purba di mata generasi akan datang.
Pertempuran Delta merupakan titik perubahan penting dalam sejarah Mesir purba kerana ia menandakan berakhirnya era pencerobohan Sea People sekaligus memastikan dominasi Mesir di rantau tersebut. Kemenangan ini memperlihatkan keupayaan dan kepintaran Ramses III sebagai seorang pemimpin dan ahli strategi yang ulung.
Hari ini, Pertempuran Delta dikenang sebagai salah satu kemenangan ketenteraan terbesar dalam sejarah Mesir purba. Perisitiwa ini menjadi bukti kekuasaan dan kepintaran sang Firaun serta tenteranya dalam menghadapi ancaman besar yang menggugat kestabilan dan keamanan tanah air mereka.
Oleh: Fakhry Harraz
—
Tertarik dengan kisah kepahlawanan Ramses III?
Jom saya jemput korang untuk terokai sejarah dan kehebatan tamadun Mesir Purba dengan KITAB TAMADUN MESIR PURBA!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source