Isu cerai jadi perbualan, Kaka Azraff akhirnya buka mulut -“Kami mohon ruang…”
Minggu ini, industri hiburan dikejutkan dengan beberapa kisah penceraian artis termasuklah penyanyi lagu Gila. Selepas lama mendiamkan diri, Kaka Azraff akhirnya buka mulut dan menulis satu hantaran di media sosial.
Dalam perkongsian tersebut, penyanyi dengan nama sebenar, Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan dia dan keluarga.
Kaka Azraff akhirnya buka mulut, mahu fokus kepada anak2
Ujarnya, dia memohon agar semua pihak dapat bertenang dengan apa yang berlaku dan menyatakan fokus utama untuk mereka adalah anak-anak.
Kaka memohon agar orang ramai dapat memberikan ruang kepadanya untuk bersama tiga orang cahaya mata yang masih kecil kerana mereka sangat memerlukan perhatian lebih-lebih lagi daripada ibu bapa.
“Kami mohon ruang untuk bersama 3 cahaya mata kecil yang perlu banyak perhatian,” tulisnya.
Kaka Azraff akhirnya buka mulut, mohon maaf tak dapat beri sebarang respon
Dia turut memohon maaf kepada pihak-pihak tertentu jika dia dan Adam tidak dapat dihubungi buat masa ini bagi membalas semua pertanyaan yang sedang berlegar-legar terutamanya di media sosial.
“Maaf sekiranya Kaka dan Adam tak dapat dihubungi untuk respon atas banyak pertanyaan anda,” katanya lagi.
Kaka Azraff akhirnya buka mulut, Adam kongsi hantaran sama
Dalam pada itu, Adam turut berkongsi hantaran sama di Instagram dan tidak mengulas sebarang kenyataan berhubung isu-isu yang telah berlegar.
Artikel lain: Kaka Azraff kongsi quote kahwini lelaki bertanggungjawab
Pelbagai dugaan dilalui sejak tahun lalu
Menerusi hantaran lain Kaka di Insta Story, dia bersangka baik mungkin ada hikmah diatas beberapa dugaan yang dilalui sejak tahun lalu apabila kehilangan ibu tercinta dan diikuti kakak kesayangan yang ‘pergi’ menghadap Ilahi.
Jelasnya, dia kini hanya mahu fokus kepada anak-anak serta anak-anak buahnya dan reda dengan segala ketentuan.
Terdahulu, berita Kaka Azraff yang dikatakan telah berpisah dengan Adam Azriff telah menjadi perhatian kerana ia seakan tiba-tiba memandangkan hubungan mereka dilihat dalam keadaan baik.
Mereka yang telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2018 telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang berusia lima dan tiga tahun serta paling kecil baru sahaja berumur 15 bulan.
Sumber: Instagram kakaazraff
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source