Malam galau jadi malam halau, konsert di Kemaman dihentikan polis
Tular di media sosial beberapa video memaparkan sebuah konsert di Kemaman dihentikan polis pada Khamis susulan melanggar syarat untuk menganjurkan acara di Terengganu.
Memetik laporan Kosmo!, pihak berkuasa mengarahkan 1,500 pengunjung konsert Malam Perayaan Patah Hati untuk bersurai kerana acara itu dianjurkan tanpa kelulusan dan permit sah.
Konsert di Kemaman dihentikan polis
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata siasatan awal mendapati peserta konsert ‘haram’ tersebut tidak menghiraukan notis larangan berkumpul yang ditampal Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di lokasi berkenaan.
“Kami menerima aduan daripada orang awam berkenaan gangguan bunyi muzik kuat dan kesesakan lalu lintas disebabkan penganjuran konsert itu pada pukul 9.20 malam tadi.
“Sehubungan itu, arahan menghentikan penganjuran program itu dikeluarkan serta-merta dan kesemua 1,500 peserta juga diminta untuk bersurai,” katanya.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di X, update11111 telah memuat naik video memaparkan konsert tersebut yang sedang berlangsung.
Jadi malam halau, konsert di Kemaman dihentikan polis
Pada video tersebut, rata-rata peserta kelihatan memakai pakaian berwarna putih dan sedang duduk menghadap pentas kecil yang dipasang di tengah-tengah peserta.
Dalam pada itu, menerusi video kedua yang dikongsikan update11111, konsert Malam Perayaan Patah Hati dihentikan dengan kehadiran polis di tempat penganjuran.
Ramai pengunjungkan telah berdiri untuk bersedia meninggalkan lokasi penganjuran konsert itu selepas mereka mendapati kehadiran polis.
Artikel lain: Dua sahabat baik hidup dalam keadaan daif, rumah tiada bekalan air & elektrik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan tindakan pihak polis menghentikan konsert tersebut kerana ia menyebabkan gangguan terhadap penduduk di kawasan tersebut.
Buat konsert tanpa permit sah, memang kena serbu
Peserta parking depan rumah orang, memang kacau la
Buat konsert dekat rumah orang memang kena
Haih, penganjur pun… Lain kali kaji dulu macam mana nak buat acara ikut tempat…..
Sumber: Kosmo! (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan), X update11111
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source