Suami kena faham perasaan isteri, mereka hanya mahu kasih sayang kita
Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan menitipkan pesanan kepada suami di luar sana untuk menghargai pengorbanan isteri masing-masing.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Jalaluddin berkata suami memikul tanggungjawab yang besar bagi memastikan isteri mendapat nafkah zahir dan batin secukupnya.
Jalaluddin Hassan
“Kepada suami di luar sana, jasa dan pengorbanan isteri ni besar sebenarnya berganda-ganda daripada kita.
“Kita bagi sedikit kasih sayang dia balas lebih daripada itu, jadi kepada suami di luar sana jangan lah ambil mudah, faham perasaan isteri.
“Isteri tak minta apa-apa daripada suami, yang dia mahu hanya kasih sayang kita. Dan apa yang kita beri itulah tanggungjawab kita, dapat pahala lagi.
“Jangan sampai mereka hilang kepercayaan pada kita, bila orang perempuan ni hilang percaya dia nampak buruk,” katanya.
Jalaluddin Hassan
Artikel lain: Kerja baik2, jangan buat perkara yang masyarakat kita tak suka – Pesan Amir buat Mamat Sepah
Netizen setuju dengan pandangan Tok Jalal
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju serta terkesan dengan pandangan Jalaluddin atau lebih mesra dipanggil Tok Jalal.
Sekadar info, Jalaluddin bertemu jodoh sekali lagi dengan Datin Rapidah Abdul Ghani pada 2017, selepas setahun pemergian isteri pertamanya.
Sumber: TikTok @rerzbong
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source