Bagaimana Pengantin Perempuan Putera Mahkota Joseon Dipilih?
Pernah tengok drama Under The Queen’s Umbrella? Dalam drama ini, ada ditunjukkan bagaimana sedikit sebanyak proses pemilihan puteri mahkota, iaitu bakal isteri kepada putera mahkota Joseon dipilih.
Ada tiga tahap utama dalam pemilihan pengantin perempuan ini. Gadis yang terpilih itu telah dianggap sebagai kerabat diraja sebaik sahaja dia terpilih sebagai calon. Dan gadis ini takkan pulang lagi ke rumah ibu bapanya.
Calon pengantin ini dibawa ke kediaman diraja dipanggil byeolgung, atau istana yang terpisah, di mana dia akan tinggal di situ sehingga hari perkahwinan. Di kediaman inilah gadis itu menerima arahan tentang etika, adab dan gaya hidup istana.
Ada enam istiadat utama yang dibuat sebelum upacara perkahwinan berlangsung. Enam acara istiadat ini dikenali sebagai “enam upacara” (yungnye) iaitu, peminangan diraja (napchae), penerimaan lamaran (napjing), pengumuman tarikh perkahwinan (gogi), pelantikan permaisuri atau puteri mahkota (chaekbi atau chaekbin), lawatan pengantin lelaki diraja ke istana berasingan untuk bertemu pengantin perempuan dan membawanya ke istana (chinyeong) dan akhirnya majlis perkahwinan rasmi (dongroe-yeon).
Semasa upacara terakhir berlangsung di istana diraja, lima upacara pertama biasanya telah dilakukan di kediaman/istana berasingan ini. Dalam satu catatan rekod uigwe tentang majlis kahwin Putera Mahkota Sohyeon (1627), tempat kelahiran adik Putera Sohyeon berfungsi sebagai kediaman pengantin perempuan.
Empat pertama daripada enam upacara telah dilakukan di kediaman ini dan lawatan pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan majlis perkahwinan terakhir berlangsung di Taepyeonggwan (Dewan Keamanan Besar), yang biasanya menjadi rumah tetamu untuk utusan Cina.
Ada satu lagi upacara penting yang perlu dilalui putera mahkota buat kali terakhir, pada hari upacara kelima, sebelum berangkat menemui pengantin perempuan. Putera mahkota menghadap raja dan para pembesarnya di hadapan balai menghadap di istana.
Raja memerintahkan anaknya, “Pergi dan bertemu pengantin perempuan dan perintahkan agar dia menunaikan urusan Kuil Leluhur Diraja dan mengurus bawahannya dengan kuasa.” Putera mahkota menjawab, “Titah dijunjung tuanku.” Dia kemudian sujud empat kali kepada raja.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source