Dijadualkan Bermula Pada Tahun 2025! Ini 5 Fakta Best Mengapa Korang Tak Patut Cuak Jika Terpilih Masuk Ke PLKN!
Acap kali bercakap mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sudah pasti ramai di antara golongan remaja terutamanya generasi zaman ini merasai perasaan bercampur-baur seperti teruja, ataupun takut jika terpilih sebagai pelatih kelak.
Sebelum ini, wujud salah faham dalam kalangan masyarakat berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekaligus menimbulkan keresahan orang ramai berhubung perkara itu apabila dikatakan boleh hadir hingga usia 35 tahun.
Terbaru, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengatakan bahawa program PLKN bakal dijadualkan bermula pada Januari tahun 2025 dan hanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja yang akan terlibat.
Di kesempatan ini, meh kami kongsikan mengapa korang tak perlu rasa cuak atau takut jika satu hari terpilih sebagai pelatih PLKN siri 2025 nanti!
KAWAN &‘CIRCLE’ BARU!
Kalau nak tahu, di kem latihan PLKN adalah tempat paling sesuai untuk buat ramai kawan baru! Paling best, korang akan jumpa pelbagai kaum dari seluruh Malaysia dan akan ditempatkan dalam satu asrama yang sama mengikut ‘company’ masing-masing. Memang seronok sangat sebab bukan sahaja dapat belajar budaya baru tapi korang juga memang senang nak cari ‘new bestie’ dalam waktu yang singkat!
BERDIKARI – DISIPLIN
As cliché as it sounds, di sini juga permulaan untuk para pelatih berdikari sebab dari ‘A to Z’ perlu disiapkan sendiri seperti kemas katil, cuci baju, dan sebagainya. Memang sesuai sangat untuk korang yang tak pernah merasai pengalaman duduk di asrama.
Selain itu, diri korang juga akan dilatih untuk menguruskan masa dengan baik dan penuh disiplin sebab di PLKN, jadual memang akan ‘pack’ dengan pelbagai aktiviti dari pagi hingga malam tapi jangan risau sangat sebab biasanya hujung minggu anda bebas untuk lakukan apa sahaja aktiviti. Paling menarik, waktu melatih diri sebagai seorang berdisiplin ini juga, korang mesti akan rasa lebih positif dan mahu jadi seorang yang lebih baik tau!
BACA: Kejutan Demi Kejutan, PLKN 3.0 Hanya Untuk Remaja Lahir Pada 2007!
THE BEST FOOD EVER!
Bercakap tentang makanan di PLKN, kami yakin bekas ‘wira-wirawati’ PLKN pasti setuju bahawa mereka tak pernah merasa kelaparan sepanjang berada di kem latihan. Mana tidaknya, pelatih PLKN disajikan makanan penuh khasiat sesuai untuk yang mahu diet seimbang dan jadual makan korang juga sebanyak enam (6) kali sehari ya! Lengkap dengan dessert tempatan kita pula itu. Fuh!
BACA: 90% Latihan Ala Tentera, PLKN 3.0 Bakal Kembali Demi Lahirkan Belia Malaysia Berwawasan
VARIASI MODUL LATIHAN
Tujuan utama program PLKN diwujudkan adalah untuk membina jati diri, kemampuan, dan keupayaan tinggi para pelatih agar mereka berjaya dalam bidang masing-masing. Setiap modul latihan yang bakal dipelajari juga pastinya menarik sebab it’s not about kawad kaki sahaja tetapi korang juga bakal dilatih asas seni bela diri, boleh beriadah, termasuk beberapa aktiviti fizikal yang macam korang pernah tengok para tentera buat tu!
Paling menarik, di PLKN juga ada program tambahan untuk pelatih dengan berat badan berlebihan. Waktu ini, korang akan nampak kawan-kawan yang bersaiz comel itu glowing and slay bila dah tamat tempoh latihan kelak tau!
BACA: Relevankah Untuk Malaysia ‘Hidupkan’ Semula PLKN? Mungkin Ia Kembali..
IBADAH DAN ROHANI TERJAGA
Last but not least, bagi pelatih beragama Islam sememangnya setiap ibadah bakal tersusun dan terjaga. Ini kerana arahan untuk solat jemaah di surau 5 waktu sehari, qiamullail, ceramah dan program agama yang diadakan di PLKN sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada pelatih yang sering abaikan suruhan agama.
Jangan risau juga, bagi yang kurang faham ilmu agama, inilah masa korang untuk banyak bertanya soalan kepada ustaz dan ustazah.
Manakala bagi yang beragama Buddha, Hindu, Kristian, dan lain-lain, pelatih akan dibawa ke tempat beribadah masing-masing pada hari tertentu.
BACA: 10 Perkara Yang Bekas Pelatih PLKN Je Pernah Rasa
Nah! Jadi itu antara beberapa sebab mengapa tidak perlu terlalu risau untuk masuk ke PLKN. Lagipun, latihan ini cuma diwajibkan kepada yang terpilih selama tiga (3) bulan sahaja dan bagi pelajar lepasan SPM, ini antara program yang terbaik untuk korang sebab daripada tak buat apa-apa di rumah, bukankah lebih seronok masa itu diisi dengan aktiviti seperti ini.
Apa pun, kami ucapkan selamat maju jaya kepada bakal pelatih yang bakal menjalani PLKN pada tahun 2025 akan datang dan tak sabar betul nak lihat apakah penambahbaikan dalam latihan kali ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source