Lagenda Cik Siti Jalang Bersuami 100 Memang Berlaku?
Kampung Tembioh, Kota Tinggi menyimpan kisah penuh misteri iaitu lagenda Cik Siti Jalang, wanita yang digelar sedemikian kerana berkahwin dengan 100 orang lelaki.
Namun, lebih menggerunkan, 99 daripada suami-suaminya menemui ajal selepas malam pertama.
Adakah kisah ini benar-benar berlaku? Atau sekadar mitos yang diwarisi turun-temurun?
[Kejelitaan Yang Membawa Maut]
Cik Siti atau nama sebenarnya Siti Aminah Tanah Masyhur dikatakan memiliki rupa paras yang tiada tandingan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang pada abad ke-17.
Kecantikannya bukan sahaja memukau hati lelaki tempatan, malah menarik perhatian dari pelusuk Nusantara.
Namun, ada sesuatu yang aneh. Setiap kali dia melangsungkan perkahwinan, pengantin lelaki yang malang pasti tidak akan bangun esok paginya. Mati dalam keadaan misteri.
Cerita tentang nasib malang yang menimpa para suami Cik Siti tersebar luas.
Anehnya, meskipun ramai yang tahu tentang takdir maut yang menanti, para lelaki tetap terpikat dan sanggup mempertaruhkan nyawa demi memperisterikan Cik Siti.
Apakah yang sebenarnya berlaku pada malam pertama perkahwinan Cik Siti? Adakah sumpahan jahat yang mengakibatkan kematian 99 lelaki itu?
[Rahsia Kala Jengking dari Tubuhnya]
Salah satu versi yang paling masyhur menceritakan bahawa pada malam pertama perkahwinan, kala jengking berbisa akan keluar dari kemaluan Cik Siti dan membunuh suaminya.
Setiap kali ini berlaku, suaminya tidak pernah sempat hidup hingga ke subuh.
Hanya keranda kayu dan kain kafan yang sudah disiapkan oleh orang kampung sebagai persediaan awal untuk pengebumian pengantin lelaki.
Namun, semua berubah apabila Cik Siti berkahwin dengan lelaki yang ke-100, seorang pemuda warak dari Acheh.
Pemuda ini, berbekalkan ilmu agamanya berjaya menahan dirinya dari tertidur pada malam pertama.
Dengan berani, dia menghiris tangannya lalu menitiskan limau nipis pada luka tersebut agar tetap berjaga.
Ketika tengah malam menjelang, dia melihat makhluk-makhluk berbisa itu keluar dari tubuh Cik Siti. Dan dengan kacip besar, satu demi satu kala jengking dibunuhnya.
Subuh menjelang, pengantin lelaki ke-100 ini masih bernyawa menjadikan dia satu-satunya suami yang berjaya mematahkan sumpahan Cik Siti.
[Sumpahan atau Ilmu Pendinding?]
Selain versi serangga berbisa, terdapat juga kisah yang menceritakan bahawa Cik Siti sebenarnya diberikan ilmu pendinding oleh keluarga angkatnya.
Ilmu ini bertujuan menjaga kehormatannya dan melindungi Cik Siti daripada lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Namun, ilmu ini datang dengan kesan yang tidak dijangka. Ia menyebabkan Cik Siti gagal menjalani kehidupan sebagai isteri yang sebenar.
Setiap suami yang mengahwininya tidak dapat “menemui” petanda bahawa Cik Siti seorang perempuan sejati, lalu menceraikannya.
Perkahwinan demi perkahwinan gagal dan Siti Aminah menjadi janda sebanyak 99 kali.
Akhirnya, hanya suami yang ke-100, seorang lelaki yang berilmu tinggi, berjaya membuka “kunci nafsu” yang diwariskan kepadanya oleh keluarga angkat.
Perkahwinan inilah yang bertahan sehingga akhir hayatnya menamatkan derita yang dibawa oleh ilmu pendinding tersebut.
[Benarkah Lagenda Ini?]
Sejarahwan tempatan turut berdebat tentang kesahihan kisah Cik Siti Jalang.
Syarif Salleh, seorang pengkaji sejarah Johor menyatakan bahawa Cik Siti sebenarnya hanya bersuamikan enam orang lelaki.
Kisah suami ke-100 itu mungkin dipengaruhi oleh unsur mitos dan dongeng, namun tidak dapat dinafikan bahawa makam Cik Siti masih wujud hingga ke hari ini di Kampung Tembioh, lengkap dengan papan tanda yang menunjukkan arah ke kuburnya.
Terdapat juga teori lain yang mengatakan bahawa Cik Siti hanyalah mangsa fitnah masyarakat patriarki yang tidak dapat menerima kebebasan seorang wanita.
Gelaran “jalang” mungkin diberikan kerana Cik Siti kerap bercerai, sesuatu yang dianggap tabu pada zaman itu.
[Legenda yang Terus Hidup]
Kisah Cik Siti Jalang tidak akan hilang begitu sahaja dari ingatan masyarakat.
Lagenda ini sering diangkat ke layar perak, antaranya ialah Ratu Kala Jengking pada 2020, telefilem Cik Siti pada 2016 dan telefilem Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus yang memenangi anugerah sebagai Drama Terbaik pada tahun 2011.
Walaupun kisahnya diselubungi misteri dan mitos, Cik Siti Jalang terus dikenang sebagai simbol kecantikan yang membawa musibah.
Namun, yang menjadi persoalan hingga ke hari ini: apakah benar Cik Siti telah berkahwin dengan 100 lelaki atau adakah semuanya hanya rekaan semata-mata untuk menakut-nakutkan orang kampung?
Hingga kini, makam Cik Siti tetap sunyi di pinggir sungai Kampung Tembioh menyimpan seribu rahsia yang masih belum terjawab.
___
Misteri di Alam Melayu ni memang unik dan kadang-kadang sebenarnya ia berkait rapat dengan tatacara kehidupan masyarakat kita dulu-dulu.
Sebab tu korang kena dapatkan ILMU ALAM MELAYU: MISTIK, MANUSKRIP DAN MITOLOGI. Dapatkan sekarang!
https://s.shopee.com.my/9pLbfMv5mO
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source