Roosevelt Terselamat Daripada Cubaan Bunuh Kerana Kertas?
Ini mungkin cerita yang nampak pelik, tapi ia benar-benar berlaku. Satu gulungan kertas ucapan setebal 50 muka surat telah menyelamatkan Roosevelt daripada cubaan bunuh!
Pada 14 Oktober 1912, lepas jam 8 malam, Theodore Roosevelt melangkah keluar dari Hotel Gilpatrick di Milwaukee, Wisconsin, dan menaiki kereta yang menunggu untuk membawanya ke auditorium di mana dia akan menyampaikan ucapan kempen. Walaupun dia letih dan suaranya hampir hilang, dia masih berusaha keras untuk memenangi penggal ketiga pemerintahannya.
Apabila Roosevelt berlepas dari hotel, dia pakai kot tenteranya dan membawa kertas ucapan setebal 50 muka surat, yang dilipat dua kali untuk diletak ke dalam poket bahagian dada di mana dia turut memasukkan bekas cermin mata logamnya.
Semasa Roosevelt duduk di tempat duduk belakang, kedengaran jeritan daripada orang ramai apabila mereka melihatnya. Ketika dia berdiri untuk melambai topinya sebagai tanda terima kasih, seorang lelaki sejauh empat atau lima kaki tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah dada Roosevelt.
Penyerang itu, John Schrank, seorang penjaga saloon yang menganggur, akhirnya ditahan dan dibawa pergi. Namun, Roosevelt terus meminta pemandu untuk menuju ke auditorium. Rakan-rakannya membantah, tetapi Roosevelt masih berkeras, “Saya mahu ke dewan dan menyampaikan ucapan saya,” katanya.
Pemeriksaan oleh tiga doktor di belakang pentas di auditorium mendedahkan bahawa peluru telah ditahan oleh manuskrip tebal dan kotak cermin mata. Tetapi terdapat lubang kecil di dadanya, dan kesan sebesar penumbuk pada bajunya. Dia meminta sapu tangan bersih untuk menutup luka dan menuju ke pentas, di mana salah seorang pengawal peribadinya cuba menjelaskan keadaan kepada penonton.
Setengah jam selepas ucapan itu, pengurus kempen Roosevelt berjalan ke sisinya dan meletakkan tangan di lengannya. Setelah keluar dari pentas, Roosevelt bersetuju untuk pergi ke hospital, di mana X-ray menunjukkan bahawa peluru telah masuk ke tulang rusuknya.
Roosevelt cukup sihat untuk meneruskan kempennya seminggu sebelum Hari Pilihan Raya, tetapi pada 5 November, pengundi menyerahkan kemenangan kepada Wilson.
Kisah Roosevelt ini adalah antara topik utama dalam SAME AS EVER iaitu tentang banyak perkara di luar sana yang tidak masuk akal. Samalah seperti segulung ucapan yang menyelamatkan nyawa Roosevelt.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source