Maraton Paling Pelik Di Dunia!
Ini mungkin kisah acara maraton yang paling pelik pernah anda dengar. Atau, mungkin paling teruk. Ya, ia benar-benar berlaku pada acara Maraton Olimpik St Louis pada tahun 1904.
Apa sebenarnya berlaku ketika itu?
Cerita ini bukanlah tentang olahraga, tapi satu acara yang dianggap merugikan, malah mencetuskan satu perlumbaan paling pelik pernah diadakan. Ketika ini, larian bukanlah satu-satunya cara untuk tiba di garisan penamat!
Dalam acara maraton ini, ada beberapa pelari telah diiktiraf sebagai atlet yang pernah menang atau ditempatkan dalam Maraton Boston atau dalam maraton Olimpik sebelumnya. Warga Amerika Sam Mellor, A.L. Newton, John Lordon, Michael Spring dan Thomas Hicks, kesemuanya ahli maraton berpengalaman.
Tapi, sebahagian besar pesertanya, ramai yang berperangai pelik. Seorang peserta yang bekerja sebagai tukang dapat masuk maraton ini kerana berjaya dalam perlumbaan khas lima batu. Manakala, ada dua lelaki dari Afrika pula menyertainya tanpa sebarang alas kaki.
Ada juga seorang rakyat Cuba yang bekerja sebagai posmen datang ke St Louis tanpa sesen pun kerana kalah dalam pertaruhan. Dia terpaksa berjalan kaki dan menumpang untuk menyertai acara maraton ini.
Acara bermula pada jam 3 petang, dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap. Laluan maraton ini ada tujuh bukit, berbeza dari 100 hingga 300 kaki tinggi. Di banyak tempat, batu retak bertaburan di sepanjang jalan, mewujudkan tapak yang berbahaya. Peserta terpaksa selalu mengelak lalu lintas merentas bandar, gerabak penghantaran, laluan kereta api, kereta troli dan orang yang berjalan dengan anjing mereka.
Sepanjang berlangsungnya larian, banyak yang berlaku. William Garcia dari California hampir menjadi peserta maraton Olimpik pertama yang mati apabila dia rebah di tepi jalan kira-kira lapan batu dari penamat. Debu memenuhi esofagusnya dan merobek lapisan perutnya, menyebabkan pendarahan serius.
Lordon, salah seorang warga Amerika, mengalami muntah-muntah dan berputus asa daripada meneruskannya. Len Tau, salah seorang peserta Afrika Selatan, telah dikejar sejauh satu batu dari laluan oleh anjing liar.
Peserta Cuba itu pula, meminta sebiji pic daripada sebuah kereta yang lalu di kawasan lariannya. Dia merampas buah itu apabila orang itu enggan memberi dan berlari. Kemudian, dia bertemu kebun dan makan beberapa biji epal sebelum berbaring dan tidur di situ.
Seorang lagi peserta yang alami kejang kaki, ambil keputusan untuk tumpang sebuah kereta. Dia siap melambai kepada peserta lain ketika menaiki kereta itu.
Seorang lagi peserta, Hicks diberi dadah, strychnine untuk mencergaskan dirinya. Namun, akhirnya dia berhalusinasi dan menuju ke garisan penamat dengan mata yang kosong. Jurulatih Hicks terpaksa membawanya melintasi garisan, dengan kakinya yang tak duduk diam dan dia diisytiharkan sebagai pemenang.
Nampak pelik? Dalam dunia ini, jika kita buka mata dan telinga, banyak lagi perkara pelik di luar jangkaan kita yang berlaku. Mungkin dalam acara sukan, mungkin juga dalam kehidupan harian kita.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source