Samurai Sebenarnya Makan Apa? – The Patriots
Sebut sahaja perkataan ‘samurai’, terus sahaja kepala kita bayangkan pahlawan gagah menghunus pedang dengan kemahiran yang tiada tandingannya. Namun, di sebalik kegagahan seorang samurai ini, apa yang membentuk diri mereka sebegitu perkasa?
Pernah tak kalian terfikir, apa yang dimakan oleh para samurai hebat ini sehingga menjadi segagah itu?
Pilihan makanan samurai ini sangat berkait rapat dengan falsafah hidup yang mereka amalkan. Ia ada hubungan dengan nilai kesederhanaan, kecekapan dan penghormatan terhadap alam semula jadi.
Maknanya, ia untuk pastikan mereka dapat kekalkan fizikal serta mental yang jelas untuk bertindak sebagai pahlawan dan pakar strategi. Jadi, apa bahan makanannya?
Seperti biasa, nasi adalah hidangan utama, iaitu makanan ruji. Bagi samurai, yang hidup dengan prinsip disiplin dan kesediaan untuk berperang, nasi merupakan sumber pemakanan yang ideal.
Ia ada karbohidrat yang diperlukan untuk latihan mempertahankan diri dan perancangan strategi berjam-jam, dan boleh pastikan para samurai ini sentiasa berada dalam keadaan fizikal dan mental yang terbaik.
Paling istimewa, beras adalah simbol kekayaan dan kuasa. Ia berfungsi sebagai mata wang dalam kalangan samurai dan sering digunakan sebagai bentuk pembayaran untuk perkhidmatan.
Sayur-sayuran juga penting, dalam diet samurai, menyediakan vitamin, mineral dan serat yang diperlukan yang membantu mengekalkan kesihatan dan kecergasan mereka. Kaedah menjeruk sayur-sayuran, yang dikenali sebagai “tsukemono” dalam bahasa Jepun, adalah tradisi masakan yang dilakukan oleh samurai dengan penuh semangat.
Kalau kita nak tengok contoh-contoh diet samurai yang terkenal, boleh lihat contoh diet Oda Nobunaga. Kalau anda nak tahu, Oda Nobunaga ini sangat sukakan rasa makanan yang kuat, seperti acar lobak dalam miso. Malah, dia juga suka makan konpeito dan persimmon kering.
Tokugawa Ieyasu pula yang terkenal sebab menjaga kesihatan, banyak mengambil beras barli sebagai diet hariannya. Dia percaya yang selain mengandungi khasiat yang bagus, barli juga bersaiz besar dan dia suka menikmatinya kerana perlu dikunyah dengan baik. Bagi Toyotomi Hideyoshi, dia sangat sukakan makanan yang jarang didapati. Malah, dipercayai bahawa dia pernah memakan daging harimau ketika perang berlangsung.
Begitulah, seorang samurai percaya bahawa makan bukan sekadar keperluan fizikal tetapi amalan yang penuh dengan falsafah dan kesedaran. Malah, tabiat makan mereka juga punyai disiplin yang tinggi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source