Anak Semakin Rapat Dengan Ayah Bila Sekolah Rendah, Rupanya Ada Kaitan Dengan Fasa Perkembangan Anak
Masa kecil, anak-anak memang sentiasa ‘melekat’ dengan kita, kan? Mama jadi pusat dunia diorang semua nak buat sama-sama, nak peluk, nak dekat, sampai kadang mak tak ada ruang nak bergerak.
Tapi bila anak dah mula bersekolah, tiba-tiba perasan hubungan makin renggang. Aktiviti banyak dengan ayah, tugasan sekolah pun ayah yang teman. Rasa seronok juga sebab ada sikit masa untuk diri sendiri, tapi dalam diam, terasa juga hati bila sedar kita bukan lagi pilihan utama diorang.
Sebenarnya, ini semua adalah proses semula jadi dalam perkembangan anak. Ada fasa-fasa tertentu di mana keperluan dan fokus mereka berubah. Dari bonding erat dengan ibu masa kecil, hinggalah ke fasa remaja yang lebih cenderung kepada kawan-kawan. Mari kita faham lebih mendalam tentang peringkat-peringkat ini dan bagaimana peranan kita sebagai ibu bapa berubah mengikut usia mereka.
Ikuti perkongsian puan Wawa Shauqi mengenai fasa rapatnya seorang anak selepas memasuki sekolah rendah.
Lepas anak-anak mula masuk darjah 1, diorang banyak habiskan masa dengan ayahnya. Dah tak rapat dah dengan saya macam dulu.
Padahal, kalau ingat fasa berkepit dengan saya dulu, punyalah takut mak hilang. Tiga-tiga anak macam tu. Sampai mak nak ke bilik air pun jenuh.
Nak buat aktiviti, nak mintak tolong, nak tidur, nak makan, semua nak dengan mama.
Tapi bila mula bersekolah, slowly diorang banyak habis masa dengan ayah.
Main bola dengan ayah.
Buat kerja sekolah dengan ayah.
Repair basikal dengan ayah.
Tengok tv pun dengan ayah.
Lama-lama, saya mula rasa bebas sikit. Makin kurang tekanan. Tapi sedih juga. Sebab terasa kedudukan dah jatuh di tempat yang kedua.
Rupanya, anak-anak ni memang ada stage dia.
——‐—————————-
1.Fasa 0-7 Tahun:
Hubungan Akrab dengan Ibu
Dalam tahun-tahun pertama anak, anak-anak memang perlukan ibu. ‘Bonding’ tu dah mula ada sejak anak dalam rahim.
Bila anak lahir, naluri kita sebagai mak bertambah kuat. Sampai anak nangis, kita kalut bangun nak angkat dan susukan.
Jangan matikan naluri tu. Sebab anak perlukan kewujudan kita untuk bina attachment yang sihat. Yang akan bantu perkembangan emosi dia.
.
2. Fasa 7-12 Tahun:
Ayah Sebagai Role Model
Lepas tu, bila dah masuk sekolah, anak mula pandang ayah sebagai contoh. Ayahlah hero.
Masa ni, ayah-ayah kena betul-betul main peranan. Kena banyak luang masa dan berkomunikasi dengan anak.
Anak akan belajar banyak tentang tanggungjawab dan disiplin bila buat aktiviti dengan ayah.
Ayah yang banyak terlibat dalam hidup anak pada tempoh ni, akan bantu anak develop keyakinan diri.
.
3. Fasa 14 Tahun ke Atas
Pengaruh Kawan dan Kehidupan Sosial
Bila dah remaja, anak-anak mula cari identiti diri. Kawan-kawan jadi pengaruh besar dalam hidup diorang.
Kalau mak ayah banyak terlibat dalam hidup anak pada 2 fasa sebelum ni, insya Allah mereka lebih terjaga.
Waktu inilah, didikan agama mak dan ayah terasa dicabar. Sebab anak dah start nak jadi satu level dengan kawan-kawan dia.
Tapi, kita mak ayah jangan letih menasihat dan membimbing. Belum masanya lagi untuk kita nak putus asa pada diorang.
Walaupun kawan-kawan lebih diorang utamakan, tapi insya Allah semua nilai yang kita tanam sejak kecil akan tetap jadi panduan mereka.
.
Sampailah anak akan berhenti ‘menguji’ sabar kita pada umur 25 tahun. (Mudah-mudahan)
Kenapa 25 tahun?
Dalam bidang neurosains, sekitar umur 25 tahun inilah peringkat otak dah capai titik usia matang. Otak dah fully develop.
Waktu ni baru anak akan berhenti rebel dan mula nampak pengorbanan mak ayah dia dulu. Dah mula buat keputusan yang baik untuk future.
Apa yang penting, kita parents kena usaha sentiasa hadir dan terlibat dalam hidup anak. Walaupun ada waktu, kita rasa letih dan payah sampai banyak air mata tumpah.
Moga Allah izinkan kita terus kuat berjuang mendidik anak-anak.
Sumber: FB Wawa Shauqi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source