Elfira Loy Risau Anak Aktif Sampai Asyik Lebam, Wargamaya Kongsi Tip ‘Mak-Mak’
Lambat dapat anak, ramai lelaki di negara kita selalu menyalahkan kaum isteri. Walhal kedua-duanya, baik suami atau isteri perlu melakukan pemeriksaan yang tepat.
Kes video perkahwinan seorang influencer yang tular baru-baru ini membuatkan doktor selebriti, Dr Say Shazril tampil berkongsi ketidakpuasan hatinya.
Menurut perkongsian Dr Say, suami seharusnya sama-sama membuat pemeriksaan untuk mengetahui tahap kesuburan sebelum menyalahkan isteri atau terus membuat keputusan untuk berkahwin dua.
“Arini saya mewakili persatuan TTC (trying to conceive) & lelaki-lelaki tak subur, terpanggil dengan reply abang Tesla yang terbaru.
“Tak dapat zuriat terus poligami, alasan terpaling SELAMAT tuk poligami kat Malaysia ni. La (short form Tesla), kalau ko hidup zaman Hang Lekiu dulu bolehlah nak pakai alasan ni.
“Tapi zaman sekarang medical technologies dah padu yang kalau ko nak pilih jantina anak pun boleh (haram di sisi Islam).
“Setakat 5 tahun kahwin takde anak, itu kisah kecil La. Kalau ko dengar kisah-kisah mereka yang TTC, 11 tahun, 15 tahun kahwin takde anak, ada yang IVF 3-4 kali & keguguran tapi masih bersama, tidakkah ko fikir statement ko tu mengguris hati mereka?,” luah Dr Say.
Tambah bapa kepada dua cahaya mata ini lagi, adalah lebih baik para suami melakukan pemeriksaan awal terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kesuburan mereka sebelum meletakkan kegagalan itu kepada para isteri.
Malah Dr Say menjadikan dirinya contoh kerana pernah berdepan dengan masalah ketidaksuburan dan kembali sihat selepas menukar gaya hidupnya.
“Aku yakin ko tak pernah check sebab melihat style content creating ko yang meng-contentkan SEGALA-GALANYA, mesti ko akan buat video “gais arini aku nak pergi hospital check kesuburan, mohon doa dipermudahkan, jangan lupa follow tiktok aku gais” tapi tak jumpa pulak video sebegitu.
“Berapa yakinkah ko yang mungkin ko penyebab isteri tak dapat anak? Tahu tak 60% lelaki Malaysia didapati tak subur.
“Dulu aku tak subur, 4.5 tahun kawin takde anak maka aku & wife pergi check. Wife aku normal, takde cyst, takde saluran tersumbat. Aku pulak, paap sperma abnormal, banyak bentuk pelik-pelik.
“Aku ubah lifestyle Alhamdulillah 2 bulan buat perubahan, wife aku mengandung. Jadi how confident are you yang kalau ko kawin baru, bini boleh pregnant? Kang 5 tahun kawin takde zuriat ko poligami ketiga guna alasan sama, ah BEBALLL.
“Aku tak boleh brain kekolotan pemikiran lelaki melayu ko yang “tak dapat anak, semua salah bini”. Ko tu influencer, entrepreneur, ex pengawas maka jadilah contoh yang baik. Tak perlu bijak pun cuma FIKIR DULU SEBELUM CAKAP/ TULIS/ POST SESUATU.
“Fikir, “adakah apa yang aku akan cakap/ tulis/ post ni akan menampakkan kebodohan aku?”.
“Kalau otak tu cakap “ye, akan nampak bodoh”, maka simpan dalam hati, jangan post. Lay low lah dulu La, enjoy honeymoon dengan 2nd wife, bawak dia naik Tesla keliling KL tanpa meng-content-kan apa jua sebab satu Malaysia tengah berapi dengan ko & paling penting JAGALAH HATI 1st wife tu.
“Hopefully takde post ko yang bakal membuatkan aku mewakili apa jua persatuan lepas ni k La?,” ujarnya lagi berkongsi.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source