Fattah Amin teringat anak sepanjang hari, terlalu rindu Fatima sebab tiada bersama
Aktor sensasi, Fattah Amin teringat anak perempuannya, Fatima Aisya sepanjang hari dan akui malam begitu sukar dilalui memandangkan tidak bersama dengan cahaya matanya itu.
Perkara berkenaan dinyatakan Fattah menerusi hantaran di Insta Story apabila berkongsi semula posting dari Instagram nurfatimaaisya yang sedang gembira menggayakan busana masyarakat India pemberian kenalan.
Fattah Amin teringat anak, rindu sebab tiada bersama
Dalam muat naik tersebut, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34 dilihat meluahkan rasa rindu terhadap anaknya yang tidak berada bersamanya ketika ini.
“Saya memikirkan tentang Fatima sepanjang hari, dan malam terasa sangat sukar sebab kamu tiada bersama disini.
“Buat anakku, saya sangat merindui kamu,” tulisnya ringkas.
Fattah Amin teringat anak, kali terakhir kongsi gambar bersama pada Oktober
Kali terakhir pelakon itu berkongsi momen bersama Fatima adalah pada 21 Oktober lalu dengan menyatakan dirinya berasa sangat gembira dapat meluangkan masa bersama anak tersayang di samping membawanya bertemu dengan keluarga.
Dalam hantaran tersebut, anak beranak itu dilihat sangat akrab apabila bergurau dengan merakam raut wajah bersama sambil tersenyum.
Artikel lain: Bell Ngasri minta Fattah Amin nyanyi ‘live’ tanpa mikrofon -“Kalau tak sedap orang tak marah..”
Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura telah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas terdapat beberapa spekulasi berhubung perpisahan mereka.
Hasil perkongsian hidup selama 7 tahun, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4 tahun yang kini berada di bawah jagaan Fazura.
Sumber: Instagram fattahaminz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source