Gigih! Orang ramai sanggup beratur panjang, makan maggi waktu malam tepi jalan
Tular di media sosial kini memaparkan orang ramai sanggup beratur panjang bagi mendapatkan semangkuk maggi pada waktu malam sehingga menuai reaksi warganet.
Orang ramai sanggup beratur
Menerusi video tular, dilihat orang ramai beratur panjang bagi mendapatkan maggi goreng di sebuah gerai tepi jalan.
Dalam video itu juga, turut disertakan harga bagi setiap menu maggi goreng segera disediakan.
Masak sendiri pun dah siap, boleh makan!
Bagaimanapun tindakan orang ramai yang dilihat sanggup beratur panjang demi mendapatkan maggi goreng pada waktu malam disifatkan tidakn berbaloi dan membazir masa.
Malah, ada yang seakan menyindir menyatakan masyarakat pada masa kini semakin susah sehingga terpaksa beratur bagi mendapatkan makanan tersebut.
“Rakyat hidup susah sekarang, terpaksa beratur makan maggi tepi jalan. Allahu Akbar,”ciap seorang pengguna X dikenali TokPerak8.
Artikel lain: UAI tegur tabiat beratur berjam-jam demi makanan viral, anggap penyakit akhir zaman
Terdahulu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menegur peniaga dan juga pelanggan yang begitu taksub dengan sesuatu yang viral, lebih-lebih lagi makanan.
Ustaz Azhar Idrus berkata, dia terkilan kerana ada yang sanggup beratur sehari sebelum kedai dibuka demi mendapatkan makanan viral.
“Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esok la pergi beratur. Ini cerdik ke bodoh? Bukannya kita kelaparan enam tahun tiada makanan.
“Itu penyakit akhir zaman, kasih kepada viral, kasih kepada kemegahan dan rasa hebat,”ujarnya sebelum ini.
Sumber: X Tok Perak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source