Raja Sargon: Raja Mesopotamia Yang Membina Empayar Pertama Dunia!
Dalam peradaban manusia, terdapat seorang raja yang telah mencatat sejarah, di mana baginda ialah pengasas empayar pertama dunia sebelum wujudnya raja-raja lain seperti Alexander the Great dan Genghis Khan!
Raja yang saja maksudkan ialah Raja Sargon yang hidup pada sekitar 2300 SM! Baginda ialah raja yang menubuhkan Empayar Akkad dan kisah hidupnya bermula pada tahun 2361 SM, di mana baginda lahir tapi kisah hidup ini samar-samar dan hanya bergantung kepada kisah-kisah lagenda mengenai raja ini.
Antara kisah lagendanya ialah baginda dimasukkan dalam bakul dan dihanyutkan ke Sungai Furat semasa bayi bagi selamatkan Sargon dari serangan musuh, seperti kisah Nabi Musa AS! Bapa tidak diketahui manakala ibunya pula seorang paderi kuil dewi Ishtar (dewi cinta).
Kemudian, Sargon ditemui oleh seorang petani di wilayah Kish yang diperintah oleh Raja Ur-Zababa. Sehingga masuk ke alam dewasa, Sargon berkhidmat sebagai pembawa cawan untuk raja wilayah Kish itu.
Tanpa sebab yang diketahui, Ur-Zababa merasa terancam dengan kehadiran Sargon dan berusaha untuk hapuskannya. Pada tahun 2334 SM, raja orang Sumer dari selatan tanah Mesopotamia (selatan Iraq) bernama Lugal-zage-si tiba untuk menakluk wilayah Kish.
Di sinilah Raja Ur-Zababa ada akal, iaitu jadikan Sargon sebagai pengutus yang kononnya membawa tablet tanah liat yang isinya tentang pesanan kedamaian, padahal yang sebenarnya isi tablet itu ialah meminta Raja Lugal-zage-si membunuh Sargon.
Sebaliknya, Lugal-zage-si menawarkan Sargon untuk menyertai rombongan penaklukan. Sargon setuju tapi dengan syarat Lugal-zage-si mesti taat kepada dewi Ishtar dengan mengheret mayat melintasi gerbang Enlil.
Enlil ialah dewa orang Sumer yang disembah oleh Raja Lugal-zage-si. Semestinya perbuatan itu menghina dewa Enlil tapi baginda terpaksa untuk dapatkan kepercayaan Sargon.
Sargon dan Lugal-zage-si bergading bahu menakluk wilayah Kish dan telah berjaya menggulingkan Raja Ur-Zababa. Tak lama kemudian, mereka berdua berkonflik sehingga membawa pertempuran antara mereka berdua.
Pada akhir pertempuran, Lugal-zage-si kalah di tangan Sargon dan akhirnya seluruh kerajaan selatan Mesopotamia telah menjadi milik Sargon, sekali dengan wilayah Kish. Secara automatik, Sargon menjadi raja kota Uruk dan raja orang Sumer!
Saat baginda menjadi raja bagi orang Sumer dan membina empayar baru bernama Akkad, perkara pertama yang baginda lakukan ialah menubuhkan birokrasi di mana baginda melantik pegawai kepercayaan di setiap kota orang Sumer.
Baginda juga terus meluaskan empayarnya dengan menewaskan puak Elamites yang menghuni di bahagian barat dan barat daya Iran. Tambah lagi, baginda menakluk wilayah Syria dan Anatolia. Sargon juga dikatakan telah tiba di Laut Mediterranean dan Pulau Cyprus melalui teks bernama Inskripsi Nippur.
Akibat perluasan empayar Akkad, aktiviti perdagangan Mesopotamia semakin rancak dengan penguasaan lombong-lombong perak di Anatolia dan mendapat tanaman pokok cedar di tanah Levant (Lubnan) yang kemudian menjadi bahan dagangan yang tinggi nilainya.
Rajan Sargon juga berjiwa rakyat semasa pemerintahannya kerana banyak usaha baginda untuk memastikan setiap warga empayar terbela kebajikannya dan tiada siapa yang mengemis.
Tapi, setiap empayar mesti ada fasa keruntuhan. Ini tidak terkecuali empayar pertama dunia ini. Setelah 55 tahun memerintah, akhirnya Sargon mangkat akibat sakit tua. Takhtanya diambil alih oleh puteranya bernama Rimush.
Empayar Akkad bertahan selama 150 tahun dan akhirnya tamat setelah empayar ini digantikan dengan Dinasti Gutian pada tahun 2141 SM. Dari sejarah inilah Raja Sargon digelar sebagai Sargon The Great kerana berjaya lahirkan Zaman Keemasan dalam tamadun Mesopotamia!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source