Inisiatif ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ janjikan pembeli terus nikmati harga berpatutan
Insiatif ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ yang telah dilancarkan oleh peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y menjadi babak baharu yang menarik dalam usaha menambah nilai kepada kehidupan rakyat Malaysia.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y, Alex Goh memaklumkan yang inisiatif ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ ini merupakan bukti dan janji mereka dalam melaksanakan misi menjaga rakyat Malaysia sejak awal penubuhan mereka.
“Sebagai peneraju peruncitan perkakas rumah di negara ini, kami telah menjadikan misi kami untuk menjaga rakyat Malaysia sejak penubuhan kami pada tahun 2005. Inisiatif ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ adalah bukti kepada janji tersebut.
“Sama ada anda memerlukan mentol lampu, peralatan dapur, atau apa-apa perkakas, kami memastikan ‘semuanya ada’ pada harga yang berpatutan. Inisiatif baharu kami melambangkan komitmen ini – kerana ‘MR D.I.Y. Pandai Jaga Anda’” ujarnya.
Inisiatif ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ dilancarkan di Bukit Bintang
Dalam pada itu, acara pelancaran yang dilangsungkan di kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur tersebut turut memperkenalkan maskot terbaru mereka itu seekor panda yang ramah dan diberi nama PANDAi.
Menurut Goh, panda telah dipilih menjadi maskot MR D.I.Y disebabkan kecintaan masyarakat dunia terhadap haiwan berkenaan.
Artikel lain: Tak bermewah, Juliana Evans sambut ‘birthday’ suami guna barang MR DIY
‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ turut perkenalkan maskot panda
Ia menggambarkan MR D.I.Y yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia memandangkan pandai dalam menjaga pelanggan dengan menawarkan harga yang berpatutan.
“Panda digemari di seluruh dunia kerana sifatnya yang mesra, comel dan pintar. Seperti panda, MR D.I.Y. dihargai kerana dekat di hati rakyat Malaysia.
“Kami ‘PANDAi’ menjaga pelanggan kami dengan mengekalkan janji ‘Always Low Prices’ kami. Kami percaya PANDAi akan membawa kegembiraan dan keseronokan, sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan kami.” katanya lagi.
Difahamkan, sepanjang bulan November, warga Kuala Lumpur berpeluang bertemu PANDAi di beberapa pusat beli-belah seperti Fahrenheit 88 (7 Nov), MyTOWN Shopping Centre (9 Nov), IOI City Mall, Putrajaya (23 Nov), dan Pavilion Bukit Jalil (30 Nov).
MR D.I.Y. juga akan menyediakan kawasan tempat duduk bertema panda di MyTOWN Shopping Centre dan stesen MRT Pasar Seni untuk mewujudkan ruang mesra keluarga.
Melalui ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ini, para peruncit dapat mengukuhkan peranannya bukan sekadar sebagai sebuah perniagaan sahaja, tetapi sebagai sebahagian daripada komuniti di mana ia beroperasi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source