Netizen mulai persoal tindakan Cik Epal ‘londeh’ perniagaan bekas suami
Netizen mulai mempersoalkan tindakan Cik Epal selepas mendedahkan tentang beberapa isu berkenaan perniagaan bekas suami, Jofliam sehingga ‘menyeru’ pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat.
Perkara tersebut menjadi bualan di platform X apabila ada pihak bertanyakan sama ada Cik Epal akan melakukan hal tersebut andai dia masih lagi bergelar isteri kepada Jofliam.
Tindakan Cik Epal boleh makan diri?
Mana tidaknya, jika betul ada sebarang ‘kelicikan’ dalam perniagaan piza berkenaan, pempengaruh itu boleh dituduh bersubahat memandangkan tahu tentang perkara terbabit.
“kau tahu duda kau tak bayar cukai pendapatan tapi sebab dah jadi duda baru nak cerita ke?
“Jika kau masih berkahwin, tahu tentang perkara tu, adakah kau akan melakukan perkara tersebut?” tanya pengguna X.
Ada juga yang sokong tindakan Cik Epal
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila pelbagai respon diterima tentang persoalan yang disuarakan itu.
Walaupun ada yang menyokong tindakan Cik Epal dengan hujah pempengaruh berkenaan sudah menasihati dan memberi teguran, namun ia tetap menjadi perbahasan berhubung apa yang telah dilakukan terhadap pendedahan tersebut.
“Dah cerai baru rasa tak berdosa buka aib bekas suami”
Artikel lain: Jualan cecah RM600,000 sebulan, Cik Epal gesa LHDN siasat perniagaan pizza bekas suami
Kenapa dia sabotaj hidup dia sendiri?
Ada juga yang mengatakan tindakan dibuat Cik Epal sudah semakin meleret-leret dari pendedahan dakwaan curang sehinggalah menyentuh isu-isu lain termasuklah perniagaan yang diusahakan bekas suami sewaktu masih lagi mempunyai ikatan perkahwinan.
Dia boleh jadi orang yang bersubahat kalau betul
Apa tujuan utama dia?
Lebih elok laporkan ke saluran yang betul
Seeloknya, isu melibatkan perniagaan dan pendapatan itu boleh dilaporkan ke saluran yang betul agar pihak berkuasa dapat segera membuat siasatan berhubung dakwaan yang dinyatakan.
Semoga urusan dan perbalahan mereka berdua dapat diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul lebih banyak kontroversi yang mungkin boleh mengaibkan antara satu sama lain.
Sumber: X iammohsein
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source