Puteri Joseon Terakhir Hidup Dalam Buangan Di Jepun
Puteri Deokhye merupakan puteri bongsu Maharaja Gojong dan seorang gundik, Yang Gui-in.
Deokhye tak diiktiraf sebagai puteri sehingga 1917 kerana bondanya bukan permaisuri.
Pengiktirafan dilakukan selepas Gojong memujuk Gabenor Jeneral Jepun di Semenanjung Korea, Terauchi Masatake memasukkan namanya dalam senarai pendaftaran ahli kerabat diraja Korea.
Bagi melindungi kedudukan keluarga diraja Korea, baginda menjodohkan Deokhye dengan anak saudara pembesar bernama Kim Jang-han pada 1919. Tapi pertunangan tersebut dibatalkan bila dketahui Jepun.
Khabar angin berleluasa yang Gojong diracun oleh pegawai Jepun dan mangkat.
Kemangkatan Gojong dijadikan alasan oleh Jepun menghantar Deokhye ke sana kononnya menyambung pelajaran pada 1925.
Perpindahan ke negara asing dan trauma kemangkatan ayahandanya menjadi pencetus masalah mental iaitu demensia pra-matang.
Keadaan ini tidak dibantu apabila Deokhye mendapat berita pemergian bonda tercinta pada 1929.
Jepun benarkan baginda pulang untuk upacara pemakaman tapi tak benarkan memakai pakaian bersesuaian untuk upacara.
Maharani Teimei menjodohkan Deokhye dengan bangsawan Jepun bernama So Takeyuki. Rancangan ni langsung tak diketahui baginda.
Kekanda tirinya Putera Yi Eun menolak sekeras-kerasnya rancangan kerana merasakan ia seolah-olah memanipulasi kedudukan adinda tirinya itu dalam keadaan dirinya tidak waras.
Rancangan tu tetap diteruskan dan dikahwinkan pada tahun 1931. Dikurniakan seorang cahaya mata bernama Masae/Jeong-hye pada Ogos 1932.
Situasi kesihatan mental baginda semakin buruk memaksanya menghabiskan masa di hospital mental selama bertahun-tahun ketika Perang Dunia Kedua.
Selepas tamat perang, situasi berubah. Kedudukan bangsawan Jepun dimansuhkan dan Semenanjung Korea telah mencapai kemerdekaan.
Perkahwinan tanpa cinta itu tak mampu lagi bertahan dan mereka bercerai pada tahun 1953.
Situasi kesihatan mental Deokhye bertambah parah bila satu-satunya puteri kesayangan baginda menghilangkan diri tanpa dikesan pada tahun 1956.
Selepas bercerai dengan Deokhye, Takeyuki berkahwin semula dengan Yoshie Katsumura pada tahun 1955.
Kerajaan Korea Selatan yang baru dibentuk ketika itu sedar kalau Deokhye kembali, baginda akan dijadikan simbol untuk memulihkan kembali kedudukan sistem beraja Korea dan akan mengancam kedudukan mereka.
Presiden pertama Korea Selatan, Syngman Rhee taknak bawa pulang Deokhye.
Tapi selepas pendedahan kisahnya oleh seorang wartawan bernama Kim Eul-han diketahui rakyat ketika itu termasuk penggantinya Park Chung-hee, barulah Seoul bersetuju membenarkan baginda pulang ke tanah air
Deokhye masih ingat tentang protokol dan etika istana. Untuk baki hayatnya, baginda menetap di Dewan Nakseon, Istana Changdeok bersama kekanda tirinya, Putera Yi Eun dan isterinya Puteri Yi Bangja, puteranya Yi Gu dan isterinya Julia Mullock serta pembantu baginda Byeon Bok-dong.
Deokhye mangkat pada 21 April 1989 di Dewan Sugang, Istana Changdeok dan dimakamkan di Hongryureung, Namyangju berhampiran Seoul.
Deokhye diabadikan dalam sebuah filem biografi bertajuk The Last Princess pada 2016.
Filem yang menampilkan Son Ye-jin mendapat pujian ramai pengkritik kerana berjaya memaparkan sejarah Deokhye dengan tepat dan mencetuskan minat orang ramai untuk mengenali puteri terakhir Joseon.
___
Untuk para peminat sejarah Dinasti Joseon, ada berita baik untuk anda! Buku terbaharu kami: JOSEON DI HUJUNG JARI dah muncul hari ini dengan harga promosi RM23!
https://s.shopee.com.my/609T2uRjg5
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source