Cik Epal mendunia lagi! Kini dilantik jadi duta jenama pakaian
Pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Cik Epal mendunia lagi apabila kini dilantik sebagai duta sebuah jenama pakaian terkemuka tempatan, baru-baru ini.
Berita baik itu dikongsikan oleh Cik Epal menerusi sebuah hantaran di plaform Instagram sebentar tadi.
Menerusi hantaran tersebut, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud dilihat sedang menandatangani sebuah perjanjian bersama pihak jenama berkenaan.
Dalam hantaran yang sama, ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan rezeki selepas berdepan dengan ujian rumah tangga.
“Alhamdulillah, rezeki dapat jadi duta Jakel.
“Rezeki Han & Yuki,”tulisnya ringkas di Instagram.
Cik Epal mendunia lagi
Rata-rata warganet turut teruja dan meluahkan rasa tidak sabar untuk memberi sokongan kepada jenama berkenaan, lebih-lebih lagi musim perayaan bakal menjelma tidak lama lagi.
Artikel lain: Netizen mulai persoal tindakan Cik Epal ‘londeh’ perniagaan bekas suami
Terdahulu, perkahwinan pasangan pempengaruh tersebut telah menjadi perhatian apabila Jofliam tampil membuat kenyataan bahawa rumah tangga mereka sedang mengalami masalah.
Ada dakwaan mengatakan perkahwinan mereka bergolak disebabkan kewujudan staf wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Jofliam.
Namun begitu, usahawan tersebut menafikan sekerasnya tuduhan itu dan menyatakan hubungan mereka tidak lebih dari seorang majikan dan staf sahaja.
Pasangan ini kemudian sah bercerai pada 9 Oktober lalui selepas mendirikan rumah tangga selama sedekad dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Instagram cikepal06
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source