Kaum Melayu Paling Ramai Lahirkan Bayi
Cerai susu bukan sesuatu yang remeh bagi si anak. Jika selama ini dia menyusu daripada payudara ibu, kini mereka perlu berpisah dengan kebiasaan itu. Diharapkan para ibu jangan silap langkah melakukannya kerana sebarang kesilapan boleh buat anak hadapi tekanan emosi.
Menurut Dr Zaharah Sulaiman, Pensyarah Kanan dan Perunding Laktasi, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM, bercerai susu ialah satu proses yang melibatkan emosi dan dalam masa yang sama memerlukan persediaan mental ibu, anak, bapa dan sesiapa sahaja yang rapat.
Bercerai susu diumpamakan seperti tindakan memisahkan si manja dengan ‘sesuatu’ yang bersama dengannya sejak dari hari pertama kelahirannya. Tidak sekadar isu payudara yang membengkak yang bakal dihadapi ibu, ia tentu akan memberikan kesan psikologi yang tidak kurang hebatnya kepada si manja. Situasi ini tentu sukar dan memerlukan strategi dan bantuan daripada pelbagai pihak panduan mama dan adik bercerai susu
Terdapat saranan untuk melakukan 5 cara ini;
a)TIDAK TAWAR & TIDAK TOLAK
Anda boleh menggunakan prinsip ‘tidak menawarkan dan tidak menolak untuk memberi’. Ia tidak menawarkan susu ibu kepada anak walau pun sudah tiba waktu menyusunya atau selagi dia tidak meminta. Tetapi dalam masa yang sama, jika si kecil meminta disusui, anda tidak pula menolak.
b) LEBIH BANYAK SENTUHAN FIZIKAL
Berikan lebih banyak sentuhan fizikal dan masa untuk bersama-sama berdua kerana si kecil memerlukan sentuhan anda untuk menggantikan sesi penyusuannya. Peluk dan gosoklah anak dengan kasih sayang untuk membantunya melalui fasa ini. Biar si kecil tahu yang bercerai susu tidak bermakna anda akan berhenti tidak menyayanginya.
c) BERIKAN MASA UNTUK BERSEDIA
Jika usaha anda gagal kerana dia enggan bercerai susu, berikan si manja masa supaya dia bersedia.
d) JIKA SI KECIL SAKIT, HENTIKAN DULU & TUNDA SEHINGGA SIHAT
Jika si manja sakit ketika dalam proses bercerai susu, anda perlulah menghentikan seketika usaha ini. Teruskan semula tanpa had supaya si kecil selesa dan cepat sihat. Anda boleh menyambung usaha untuk bercerai susu selepas dia pulih sepenuhnya.
e) KURANGKAN SESI MEMERAH
Jika anda memerah susu ketika bekerja, cuba untuk mengurangkan satu sesi memerah setiap sesi. Kemudian kurangkan tempoh memerah dan seterusnya jarakkan tempoh antara sesi memerah lebih lama daripada kebiasaan.
APA YANG DIHADAPI IBU YANG MELALUI PROSES BERCERAI SUSU?
Ibu yang sedang dalam fasa bercerai susu dengan anaknya akan mengalami dua keadaan ini. Lebih baik anda bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi dua keadaan ini iaitu;
#1: BENGKAK SUSU MUNGKIN TERJADI
Anda boleh memerah sedikit jika payudara terlalu penuh. Jangan memerah terlalu kerap kerana tindakan anda mengosongkan payudara dengan kerap akan memberikan signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu. Perah sedikit juga boleh mengelakkan bengkak susu yang jika dibiarkan boleh menyebabkan radang susu, infeksi atau bernanah.
#2: EMOSI TIDAK STABIL
Sedih dan emosi tidak stabil akibat perubahan paras hormon prolaktin dan oksitosin.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum Cerai Susu, Pastikan Anak Bersedia. Elak Hentikan Penyusuan Kalau 7 Perkara Ini Berlaku, Itu Tanda Dia Belum Ready
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source