Kami akur denda gagal bayar caruman PERKESO, lebih peka soal kebajikan pekerja
Pelawak dan ahli perniagaan, Shuib akur denda gagal bayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada pekerja di bawah syarikat Bubblebee Sdn. Bhd termasuk tujuh pertuduhan seperti mana diperintahkan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Sebagai pengarah Bubblebee, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, menyifatkan tindakan denda RM17,000 yang dikenakan ke atas syarikatnya sebagai ujian dalam perniagaan.
“Kami akur dengan denda yang diputuskan mahkamah,”ujarnya.
Akur denda gagal bayar caruman PERKESO
Bersama seorang lagi pengarah syarikat, Koh Choon Guan, 33, yang mewakili syarikat tersebut selaku orang kena saman (OKS), mereka dikenakan hukuman selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis, hari ini.
Akui kekhilafan, Shuib berharap ia menjadi pengajaran agar tidak terlepas pandang perkara penting membabitkan kebajikan pekerja.
Pada masa sama, Shuib berkata situasi yang dihadapi syarikat terbabit juga dianggap sebagai asam garam dalam perniagaan.
“Insya-Allah, apa yang berlaku membuatkan kami selaku pengurusan tertinggi lebih peka dan akan melaksana tanggungjawab dengan lebih baik,” katanya lagi.
Mahkamah juga memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan berkenaan.
Mengikut tiga pertuduhan, syarikat itu mengaku bersalah atas tuduhan, sebagai majikan utama kepada seorang lelaki berusia 25 tahun, gagal membayar caruman majikan dan pekerja kepada Perkeso membabitkan bulan Oktober hingga Disember 2023 lalu, berjumlah keseluruhan RM97.80.
Mahkamah juga membenarkan syarikat berkenaan membuat bayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada Perkeso.
Artikel lain: Dituduh sebabkan kematian isteri, Shuib bersemuka & maafkan pemfitnah
Ia sebagai mana dikehendaki mengikut Seksyen 6 (1) dan (8) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan 32, Peraturan-Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekarja 1971.
Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, Bubblebee mengaku bersalah gagal membayar caruman keseluruhan RM17.40 bagi lelaki sama untuk tiga bulan yang serupa mengikut Sesyen 18 (1) Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Pendaftaran dan Caruman) 2017.
Semua perbuatan itu dilakukan di syarikat berkenaan di Taman Industri Alam Perdana, Taman Putra Perdana Puchong pada jam 8.30 pagi setiap tarikh 16 hari bulan untuk November 2023 hingga Januari lalu.
Bagi pertuduhan ketujuh, syarikat berkenaan didakwa gagal mematuhi saman bawah Seksyen 110 (1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di Pejabat Perkeso Selangor, pada jam 11 pagi, 10 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 110 (2) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: Kosmo! Online (Hanisah Selamat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source