“Bahasa Malaysia adalah bahasa pertama saya..”- Dr Malar galas tanggungjawab jadi ikon
“Bahasa Malaysia adalah bahasa pertama saya..”demikian kata personaliti media sosial, aktivis dan pegawai perubatan, Dr Malar Santhi Santherasegapana yang dilantik sebagai ikon oleh oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malam tadi.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. Malar akui tidak mengetahui sejak bila dirinya fasih bertutur dalam bahasa Malaysia, namun menganggap ia bermula dari kecil lagi.
“Entah saya pun tak pasti.. sejak lahir kot,”jawabnya kepada ditanya pemberita.
Bahasa Malaysia adalah bahasa pertama
Kongsi Dr Malar dalam coretan di Facebook, hari ini, beliau sememangnya menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi bersama adik-beradik lain sejak kecil lagi.
“Saya ni cakap Bahasa Malaysia (BM) dengan adik-beradik, jadi seingat saya sejak kecik lah saya cakap BM.
“Tapi umur berapa tu saya kurang pasti… sepanjang panjang Jalan 10 Taman Tas tu memang saya dan adik-beradik bercakap BM, berlari, bermain, terjun longkang, panjat tangki air kat Jalan 14, masuk hutan Lubuk Puyu belakang tu.. semua terjerit terpekik dalam BM.
“Saya paling rindu main galah panjang kat Jalan 10 tu, dari depan rumah Pakcik Haris, sampai lah ke depan rumah Pakcik Abas kami lukis kotak galah panjang tu,”ujarnya.
Tambahnya, dia mungkin fasih dalam bahasa Malaysia kerana bergaul dengan rakan sepermainan.
Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atas kepercayaan terhadap dirinya sehingga mengurniakan Anugerah Ikon DBP 2024.
“Saya fikir dalam BM, saya geram dan menyumpah dalam BM. Malah, saya sembahyang dan berdoa sebagai Hindu pun dalam BM juga.
“Memang pelik tapi itulah bahasa selesa saya. Walaupun saya bersyukur, namun setiap anugerah datang dengan tanggungjawab, maka bahu ini terasa makin berat.
“Doakan agar saya dapat pikul anugerah dan tanggungjawab ini dengan baik,”coretnya lagi.
Sementara itu, Dr Malar yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras itu berkata, sebagai seorang doktor yang aktif di media sosial, beliau sedar bahasa digunakan boleh mempengaruhi cara orang ramai berkomunikasi dan memahami sesuatu maklumat.
Menurutnya, ini termasuk memastikan maklumat kesihatan disampaikan dengan jelas dan tepat, mudah difahami, seronok didengari.
Semalam DBP melantik tiga ikon bahasa dalam kalangan pempengaruh media sosial, bagi membantu agensi itu memberikan asas penggunaan bahasa yang baik kepada orang awam.
Sumber: FB Celoteh Dr Malar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source