Bos terbaik Malaysia! Majikan belanja RM3.1 juta, hadiahkan kereta mewah kepada pekerja
Seorang usahawan dari Johor, John Wong digelar bos terbaik Malaysia apabila memilih cara luar biasa dengan menghabiskan perbelanjaan bernilai RM3.1 juta kepada para pekerjanya.
Memetik portal China Press, John Wong yang merupakan pengasas Warakuya Japanese Restaurant dan Superstar Family KTV, baru-baru ini memberikan kejutan kepada 31 pekerjanya dengan pelbagai model kereta.
Ini termasuk model BMW, Audi, Toyota, Honda dan Proton.
Bos terbaik Malaysia!
Bukan itu sahaja, empat pekerja terpilih bertuah termasuk seorang eksekutif C-level dan beberapa pengurus cawangan yang telah lama berkhidmat diberi ganjaran lebih istimewa—BMW 6 Series bernilai RM1.8 juta.
Dalam temu bual, Wong memberitahu pemberian itu adalah sebagai tanda penghargaannya kepada perkerja dan akan cuba menerapkan tradisi tersebut pada setiap tahun.
Pada tahun ini, beliau membuat keputusan untuk menghadiahkan kereta sebagai tanda penghargaan beliau kepada mereka.
Artikel lain: “Aku dah berhenti kerja tau…bosan dah duduk rumah saja ni” -Haniff Hamzah
Bukan itu sahaja, pekerja asing dari Myanmar dan Nepal juga akan disediakan lesen memandu percuma supaya mereka dapat menikmati hadiah ini tanpa perlu menanggung kos tambahan.
Jelasnya, ini adalah cara beliau menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan untuk memastikan pekerjanya mendapat manfaat sepenuhnya sepanjang bekerja dengannya.
Sementara itu, salah seorang pekerja yang sanggup datang dari Kuala Lumpur berkongsi, ini adalah kali kedua dia menerima BMW daripada syarikat selepas tujuh tahun lalu.
Sumber: China Press
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source