Bekas staf dakwa stesen TV milik pengacara terkenal gagal bayar gaji, carum KWSP
Seorang lagi bekas staf dakwa stesen TV milik pengacara terkenal gagal membayar gaji pekerjanya termasuklan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak beberapa bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsi personaliti televisyen, Meyra Khan di TikTok, dia meminta orang ramai untuk menularkan perkara tersebut kerana memikirkan tentang nasib-nasib yang dihadapi oleh staf dan juga bekas staf kepada stesen TV berkenaan.
Stesen TV milik pengacara terkenal tak bayar gaji?
Ujarnya, dia sudah lama menahan sabar apabila bercakap mengenai isu gaji kerana tidak faham mengapa pihak pengacara tersebut menangguhkan urusan pembayaran gaji para pekerjanya.
“Gaji lambat satu bulan kita dah tahan.
“Lama ye tahan, bertahun, kalau gaji lambat tiga bulan ini.. satu bulan ini pun sudah melanggar undang-undang Malaysia.
“Kalau lambat tiga bulan kita tak tahu undang-undang mana yang digunakan,” tanya Meyraa.
Stesen TV milik pengacara terkenal didakwa tak bayar gaji & carum KWSP?
Disebabkan itu, dia meminta orang ramai untuk menularkan tentang perkara berkenaan tunggakan gaji yang dipercayai belum lagi dilunaskan oleh pihak stesen TV milik pengacara terkenal berkenaan sejak beberapa bulan yang lalu.
Ujarnya lagi, bukan hanya gaji, caruman KWSP dan SOCSO turut tidak dilunaskan sehingga mereka juga buntu apa yang harus dilakukan memandangkan hanya seorang pekerja sahaja.
“Jadi kepada korang semua yang melihat video ini tolong, bantu lah kami.
“Macam-macam dah dibuat, kita ni manusia kerdil je awak. Jadi kami perlukan bantuan awak untuk viralkan.
“Mungkin lepas viral baru dia nak bayar gaji semua staff-staff, bukan gaji sahaja, EPF, SOCSO, KWSP. Maka bantulah kami untuk menarik perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab,” ujarnya.
Artikel lain: Kami akur denda gagal bayar caruman PERKESO, lebih peka soal kebajikan pekerja – Shuib
Ramai rupanya jadi mangsa
Jelas Meyraa, disebabkan tunggakan gaji yang sudah masuk 3 bulan tidak dibayar, pelbagai masalah dihadapi oleh pekerja dan bekas pekerja memandangkan perlu membayar pelbagai komitmen untuk diri serta keluarga.
“Saya seorang tak mengapa, namun bayangkan mereka yang berkeluarga. Macam mana nak sara keluarga kalau tiga bulan tiada gaji,” tambahnya.
Ada yang dedahkan di platform X
Pendedahan yang dibuat oleh personaliti televisyen itu susulan tularnya satu hantaran di platform X apabila seorang bekas pekerja mendakwa sebuah stesen TV milik pengacara popular turut tidak menjalankan tanggugjawab terhadap pekerjanya selepas berita seorang pelawak didenda kerana tidak mencarum Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) baru-baru ini.
Diharap pihak-pihak berwajib dapat menyelesaikan permasalahan ini dan memikirkan tentang nasib para pekerja yang mana mempunyai tanggungan serta komitmen yang perlu dilunaskan.
Sumber: TikTok meyraakhan_
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source