Elly Mazlein gagal tahan sebak, cium wajah adik Alisa buat kali terakhir
Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein gagal tahan sebak ketika menatap wajah adik Alisa Umairah buat kali terakhir selepas disahkan meninggal dunia pada malam Rabu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh stesen radio popular, Era.je di laman Instagram, dapat dilihat Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mencium wajah adik Alisa yang sudah siap dikafankan.
Elly Mazlein gagal tahan sebak
“Wajah arwah adik Alisa cantik, adik Alisa dah sihat dan berlari kat taman syurga.
“Berehat ya adik Alisa, kami rakyat Malaysia sentiasa doakan awak! Mama Lina sayang awak,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Artikel lain: Elly Mazlein mohon doa rakyat Malaysia, kesihatan adik Alisa semakin merosot
Elly Mazlein gagal tahan sebak
Terdahulu, adik Alisa atau nama lengkapnya Alisa Umairah Nur Hisham bebas kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh cycle kimoterapi.
Kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas video siaran live bersama TikToker popular, Asraf Jaafar atau Acap menjadi tular.
Bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak pempengaruh tersebut serta warga maya.
Nur Hisham berkata Alisa didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.
Sumber: Instagram @era.je
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source