Ibu terharu dan bersyukur, jumpa tukang gunting rambut layan mesra anak autisme
Seorang ibu terharu dan bersyukur susulan menjumpai tukang gunting rambut yang melayan mesra anak autismenya selepas lapan tahun mencari individu yang sesuai untuk memotong rambut kanak-kanak tersebut.
Ibu terharu dan bersyukur junpa tukang gunting rambut yang tepat
Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai imashariza, dia telah berkongsi video momen sewaktu anak lelakinya yang menghidap autisme berada di kedai potong rambut sambil dilayan dengan sangat baik oleh tukang gunting rambut dikenali sebagai Mr D.
Ibu terharu dan bersyukur, anak akhirnya dapat potong rambut dengan tenang
Walaupun pada awalnya kanak-kanak berkenaan kerap berlari-lari, namun Mr D tetap sabar dan mengajar anak kepada pengguna TikTok bersembang sehingga dia sendiri duduk diam serta membenarkan rambutnya digunting.
Lebih mengharukan, Mr. D memberitahu kepada imashariza supaya banyakkan bersyukur kerana dikurniakan anak yang cukup istimewa kerana jika dapat menjaganya dengan baik, pintu syurga terbuka luas untuknya.
“Mr D cakap dekat I, I patut bersyukur dapat anak istimewa.
Kalau jaga dia baik-baik dapat banyak pahala dan masuk syurga,” tulisnya.
Ibu terharu dan bersyukur, dapat kata2 nasihat daripada Mr. D
Ujarnya lagi, Mr. D turut memberi nasihat supaya banyakkan berdoa dan meminta yang terbaik buat anak istimewanya kerana mungkin di dunia kita merasa ia adalah satu ujian, namun di akhirat kelak, anak tersayang adalah hadiah yang cukup berharga.
Jelas imashariza, dia bukan hanya dapat memotong rambut anak dengan sempurna, bahkan turut menerima kata-kata semangat serta motivasi yang cukup bernilai dari Mr. D
“Mr. D pesan dekat I, lepas solat doa dengan dekat yang ‘diatas’ minta yang terbaik untuk anak ni.
“Dekat dunia dia mungkin ujian terbesar untuk you, tapi dekat ‘sana’ nanti dia hadiah untuk you,” ujarnya lagi.
Artikel lain: Shila Amzah dan suami kekal positif, Seth Uwais disahkan hidap autisme
Mr. D pun ada anak autisme
Perkongsian daripada pengguna TikTok tersebut telah menghadirkan pelbagai maklum balas daripada netizen yang turut terharu dengan kata-kata positif daripada tukang gunting rambut berkenaan.
Difahamkan, Mr. D juga mempunyai anak autisme dan apa yang dikatakan adalah dari pengalaman hidupnya sendiri.
Semoga Mr. D terus sihat dan dimurahkan rezeki
Mr. D buat kita tersedar tentang permata yang indah
Dia memang seorang yang cukup baik
Semoga apa yang dikongsi pengguna TikTok dan juga Mr. D menjadi penguat semangat kepada ibu bapa serta keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa ini.
Sumber: TikTok imashariza
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source