Lapan penambahbaikan, mekanisme diambil elak kejadian buli berulang
Langkah mengesan sebarang aktiviti penderaan diambil bagi mencegah kegiatan buli dengan membuat pemeriksaan fizikal berkala kepada pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara tersebut adalah satu daripada lapan langkah yang diambil.
Elak kejadian buli berulang!
Foto: Bernama
Langkah lain adalah mengadakan sesi pertemuan antara pegawai kadet dan pihak tertinggi ALK-UPNM secara ekslusif bagi memberi ruang bebas berbicara tanpa takut.
“Ia bagi mendapatkan maklumat salah laku dalam kalangan pegawai kadet bagi mengatasi isu keengganan pegawai kadet melapor kejadian yang tidak sepatutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) mengenai usaha dan kaedah dilakukan supaya kegiatan buli dinoktahkan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menyatakan bahawa bagi mencegah kegiatan buli, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menambah perjawatan pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) yang ditugaskan di ALK-UPNM.
Artikel lain: Jerman pilih Malaysia sebagai pelabuhan persinggahan, Khaled harap hubungan pertahanan terus diperkukuh
Beliau berkata, penambahan pegawai melibatkan 48 orang berbanding 31 pegawai sebelum ini, manakala 182 LLP ditambah berbanding 124 LLP.
“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 24 orang pegawai dan 48 orang LLP telah dilantik sebagai jurulatih. Pelantikan jurulatih ini bagi meringankan beban seorang jurulatih untuk memantau 20 orang Pegawai Kadet dengan nisbah 1:20,” ujarnya.
Tambah Mohamed Khaled, ATM turut menetapkan seorang jurulatih bertugas bagi setiap Kompeni bagi membolehkan pemantauan pegawai kadet yang lebih teliti setiap hari.
“Jurulatih bertugas telah diarahkan untuk melakukan rondaan ke penginapan Pegawai Kadet selepas jam 11:59 malam setiap hari,” katanya.
Foto: Bernama
Bermula Februari tahun lalu, tujuh kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa aras blok penginapan dipasang bagi mengesan aktiviti yang mencurigakan, selain pihak kementerian juga merancang untuk menambah jumlah itu mengikut keperluan dan kesesuaian.
Bukan itu sahaja, bermula April 2024, turut dilakukan pengasingan pegawai kadet Tahun Satu di Bukit Putera dan diletakkan di bawah kelolaan jurulatih sepenuhnya memandangkan golongan itu biasanya menjadi sasaran.
“Sesi pertemuan di antara Pegawai Kadet dan pihak tertinggi ALK-UPNM secara eksklusif diadakan untuk memberi ruang bebas tanpa perasaan takut atau sebagainya bagi mendapatkan maklumat salah laku dalam kalangan Pegawai Kadet bagi mengatasi isu keengganan Pegawai Kadet melapor kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya,” maklumnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source