Siti Nurhaliza Secara Rasmi Dianugerahkan Gelaran Biduanita Negara Ketiga Dalam Sejarah
Kemenangan pingat pertama Lee Zii Jiadi Sukan Olimpik sebentar tadi dalam perlawanan penentuan pingat gangsa acara perseorangan lelaki telah menghadirkan seribu satu perasaan buat oleh atlet badminton kebangsaan itu.
Sejujurnya, banyak perkara telah diperkatakan mengenai Lee Zii Jia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mungkin sekali ia disebabkan harapan besar peminat sukan negara yang ternanti-nantikan kehadiran pelapis berkaliber bagi menggantikan jaguh dunia, Datuk Lee Chong Wei. Lantas, ramai yang bersifat kritikal terhadapnya,
Mungkin juga, tidak semua keputusan Lee Zii Jia yang dilakukan selama ini demi kelangsungan kariernya sebagai pemain badminton profesional telah dipersetujui oleh semua pihak.
Namun di sebalik semua itu, anak jati negeri Kedah itu tetap memberikan sehabis baik dalam pertarungan menentang lawan dari India, Laksyha Sen dan memenangi dengan keputusan 16-21, 21-13, 21-11 dalam tempoh 71 minit.
Kemenangan Lee Zii Jia itu sekaligus menghadiahkan pingat kedua Sukan Olimpik Paris 2024 untuk Malaysia selepas beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik memenangi pingat sulung buat kontinjen negara, pada 4 Ogos semalam.
Ternyata, corak permainan Zii Jia yang lebih ‘mengganas’ di set penentuan dengan pukulan smash konsekutif membuatkan kemenangan kali ini lebih berbekas di memori peminat sukan badminton dan semua rakyat Malaysia, khususnya.
DIAMKAN DIRI DAN BUKTIKAN KEPADA PENGKRITIK
Lee Zii Jia jelas tidak mampu menyembunyikan emosinya sewaktu ditemubual usai kemenangan pingat gangsa tersebut.
Dalam sesi bersama rakan pemberita di Astro Arena, pemain berusia 26 tahun itu menceritakan detik di mana dia merasakan segala yang dilakukannya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.
“Selepas saya bergelar pemain profesional, banyak yang berlaku selama tempoh tiga tahun ini. (Sebelum ini) sekali pun saya tidak menangis fasal apa-apa pun. Sampai saya pernah nak give up badminton… nak berhenti bermain.
“Saya pun tidak pasti saya akan dapat melayakkan diri ke Sukan Olimpik setahun lalu. Ranking saya jatuh dan ia merupakan antara momen terburuk dalam karier saya.
“Saya datang ke (Paris 2024( dengan harapan untuk memenangi pingat emas. Saya cuma ingin buktikan pada diri sendiri yang saya memang boleh dan saya tidak melakukan kesilapan sebelum ini sebagai seorang pemain profesional.
“Saya cuma beritahu diri sendiri untuk tidak menyerah kalah,” katanya dalam nada sebak.
Tambah Lee Zii Jia lagi, reaksi rakan pemberita dan media yang kadangkala bersikap seakan ingin menjentik prestasinya di gelanggang atau mengkritik layanannya terhadap rakan media sebelum ini sedikit sebanyak mengganggu fokusnya.
Terbaru, tular di media sosial mengenai komen spontan seorang pengulas sukan popular yang menyentuh mengenai sikap ‘cold shoulder’ Lee Zii Jia apabila media tempatan cuba mendekatinya.
“Saya telah sampai sejauh ini dan abang pun tahu apa yang sudah berlaku. (Sebak) Setiap pagi saya bangun dari tidur, saya nampak macam-macam berita pasal nama saya,” katanya yang tidak dapat menahan air mata sebelum menyambung,”Dan saya selalu tertanya-tanya, apa yang saya buat salah?
“Saya cuma bangun setiap hari untuk menghadiri latihan saya, diam-diam sahaja. Saya tidak tahu apa sudah jadi kepada (media tempatan). Saya cuma memilih untuk berdiam diri tidak kiralah mereka memalukan saya dan cakap apa-apa (perkara negatif) tentang saya.”
“Saya tetap mendiamkan diri dan ingin buktikan kepada mereka. Walaupun ini hanyalah sebutir pingat emas tetapi ini adalah permulaan buat saya. Saya akan kembali di (Sukan Olimpik) Los Angeles 2028 dan dapatkan pingat emas itu,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source