“Awak nak makan ke cucuk?”- Peniaga maggi viral persoal netizen tanya suntikan typhoid
Peniaga maggi viral persoal netizen apabila meninggalkan soalan sama ada pekerja premis tersebut mengikuti kursus pengendalian makanan termasuk suntikan typhoid sebelum berniaga.
Bagaimanapun, jawapan daripada peniaga maggi viral itu telah mencetuskan rasa kurang senang dan menjadi perdebatan dalam kalangan warganet.
Peniaga maggi viral persoal netizen
Ia dapat dilihat menerusi tangkap layar dikongsikan pengguna X dikenali shalinhalima ketika bertanya soalan tersebut di akaun peniaga viral berkenaan.
“Kursus pengendalian makanan pergi? Typhoid cucuk tak? Tanya je,”soalnya.
Bagaimanapun, soalan tersebut seolah-olah dipandang sinis oleh peniaga tersebut dan mempersoal sama ada individu tersebut mahu datang makan atau mendapatkan suntikan.
“Awak nak makan ke awak nak cucuk?”soalnya dalam nada sinis.
Artikel lain: Gigih! Orang ramai sanggup beratur panjang, makan maggi waktu malam tepi jalan
Jawapan berlagak!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mempertikai jawapan yang diberikan oleh peniaga tersebut seolah-olah berlagak kerana ia adalah benda asas bagi mereka yang bekerja dalam industri makanan.
Sebelum ini, orang ramai mempersoal tindakan individu yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan semangkuk maggi pada waktu malam berbanding masak sendiri di rumah masing-masing.
Sumber: X shalinhalim
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source