Fazura menyanyi lagi! Suara dipuji sedap sampaikan lagu berbahasa Inggeris
Selebriti terkenal, Fazura menyanyi lagi apabila satu hantaran di media sosial miliknya memperlihatkan dia menyampaikan lagu berjudul Make Your Feel My Love dendangan asal Adele.
Dalam video berkenaan, Fazura dilihat begitu menjiwai dan memaklum bahawa lagu tersebut adalah lagu yang sering dinyanyikan bagi mendodoi anaknya, Fatima Aisha.
Fazura menyanyi lagi, sampai lagu Adele pula kali ini
Ujarnya pelakon itu lagi, lagu berkenaan mempunyai maksud yang mendalam dalam kehidupannya dan cukup istimewa buat dirinya.
Dia yang berduet bersama Kalya Islamadina menerusi rakaman video tersebut dilihat sangat menghayati lagu berkenaan sewaktu menyampaikannya.
Fazura menyanyi lagi, kali ini terima pujian pula
Perkongsian video nyanyian Fazura kali ini telah mendapat pujian daripada netizen di media sosial, berbeza dengan respon yang diperoleh sewaktu menyampai lagu Bertahan Demi Cinta secara siaran langsung sewaktu mempromosikan single tersebut di Indosia baru-baru ini.
Tambah mereka, nyanyian Fazura dalam bahasa Inggeris lebih sedap dan berharap agar kritikan netizen terhadap dirinya sebelum ini membantu untuk menambah baik kemampuan vokal tersebut.
Sedap je dengar suara Faz
Nampak dia betul2 menghayati
Dia bukan penyanyi, tapi kekuatan dia dalam bahasa Inggeris
Artikel lain: “Dia nyanyi sampai ke Indonesia!”- Along Kamaludin pertahan nyanyian Fazura
Tak salah beri dia peluang kan
Dalam pada itu, mereka juga memaklumkan yang setiap nyanyian boleh diperbaiki dengan latihan lebih-lebih lagi Fazura bukanlah seorang penyanyi profesional.
Mereka yang meninggalkan komen di ruangan Instagram terbut turut meminta supaya membiarkan sahaja selebriti itu untuk menyanyi supaya dapat menghiburkan hatinya yang mungkin sedang tidak baik-baik sahaja.
Biarlah Fazura menyanyi lagi, mungkin untuk hiburkan hati
Terdahulu, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40 telah menerima kritikan daripada netizen di media sosial selepas tularnya video dia menyanyi secara siarang langsung di sebuah saluran televisyen di Indonesia.
Ramai yang menyatakan pelakon tersebut tidak mempunyai suara yang bagus untuk menyanyi dan ada juga yang menyarankannya untuk mengambil kelas vokal terlebih dahulu sebelum bergelar seorang penyanyi.
Sumber: Instagram missfazura
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source