Rita Rudaini anggap pelakon baru manja? -“Campak skrip, tengking ke itu bukan buli”
Pelakon terkenal, Rita Rudaini anggap pelakon baru manja susulan ada yang mengatakan pernah menjadi mangsa buli di set pengambaran susulan dibaling skrip oleh pihak pengarah.
Perkara tersebut diselar oleh Rita menerusi Insta Story miliknya apabila menyatakan bahawa tindakan tersebut bukanlah satu kejadian buli.
Rita Rudaini juga pernah dicampak skrip
Menurut Rita, dia sendiri pernah mengalami kejadian sama sewaktu di set pengambaran dan menganggap apa yang terjadi bukanlah satu bentuk gejala buli.
Ujarnya, dicampak skrip atau ditengking bukanlah satu bentuk buli kerana boleh jadi pelakon-pelakon tersebut sibuk dengan urusan yang tiada kena mengena dengan pengambaran sehingga kehilangan fokus sebenar.
“Sis pun pernah kena buli juga dekat set shooting.
Dicampak tapi bukan skrip la, dicampak dengan kasih sayang,”
“Kena campak skrip, tengking ke itu bukan buli.
Mungkin banyak main telefon, bertiktok atau tak hafal skrip,” tulisnya.
Artikel lain: Kerja kuat bukan nak jadi kaya, tapi mahu tanggung anak2 – Rita Rudaini
Rita Rudaini tidak pernah rasa dibuli
Jelas Rita lagi, sepanjang hampir tiga dekat bergelar pelakon, belum pernah lagi dia merasakan dirinya dibuli dan menyatakan tindakan tersebut bukanlah satu bentuk buli.
Di akhir posting tersebut, dia sempat menyatakan bahawa rungutan tentang dicampak skrip sebagai satu buli tindakan manja buat seorang pelakon.
“Kalau campak skrip tu bukan buli. Tekap seterika ke pukul baru boleh di label buli.
“Manja sungguh,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Rita Rudaini merupakan pelakon yang hampir tiga dekat berkecimpung dalam industri seni lakonan.
Baru-baru ini, selebriti asal Perlis berkenaan telah menggenggam Trofi Aktres Pembantu TV Paling Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-36.
Sumber: Instagram ritrud727
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source