SUKE TV tak bayar gaji pekerja? AC Mizal anggap fitnah
Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa saluran televisyen digital swasta miliknya SUKE TV tak bayar gaji pekerja.
SUKE TV tak bayar gaji pekerja?
Foto: Carian Google
Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 53, menyatakan bahawa dakwaan tersebut adalah satu fitnah dan tidak benar oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah
Menyingkap sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, beliau menyatakan sudah meminta peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah tersebut.
“Saya telah mengarahkan peguam saya dan syarikat SUKE TV untuk mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu-individu yang terbabit berkenaan penularan fitnah ini. Oleh Itu biarlah mahkamah yang menentukan salah betul masing-masing,” tulisnya.
SUKE TV tak bayar gaji pekerja adalah fitnah!
Suami kepada aktres Datin Emylia Rosnaida itu juga menjelaskan bahawa fitnah dan tohmahan itu telah disebarkan oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab yang merupakan bekas staf SUKE TV.
Foto: Carian Google
AC Mizal memberitahu individu-individu berkenaan telah ditamatkan kontrak kerana gagal mengikuti syarat perkhidmatan ditetapkan oleh stesen TV berkenaan.
Bukan itu sahaja, beliau berkata bahawa pihaknya memiliki bukti mengenai fitnah bekas pekerjanya itu tetapi tidak akan mendedahkannya kepada umum.
“Cuma yang saya nak nyatakan, kenyataan-kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh beberapa bekas pekerja yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat-syarat perkhidmatan dengan syarikat.
“Kami mempunyai semua bukti tetapi kami tak akan mencanangkan butir-butir ini kepada umum,” ujarnya.
Berhenti dakwa SUKE TV tak bayar gaji pekerja!
AC Mizal turut memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan berhenti daripada menyebarkan fitnah yang tidak sahih ini.
Artikel lain: Bekas staf dakwa stesen TV milik pengacara terkenal gagal bayar gaji, carum KWSP
Terdahulu, seorang bekas pekerja mendakwa stesen televisyen milik pengacara terkenal gagal membayar gaji pekerjanya termasuklan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak beberapa bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsi personaliti televisyen, Meyra Khan di TikTok, dia meminta orang ramai untuk menularkan perkara tersebut kerana memikirkan tentang nasib-nasib yang dihadapi oleh kakitangan serta bekas kakitangan stesen televisyen berkenaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source