Akan layangkan saman, Shuib dah biasa lihat pemfitnah tunduk malu di mahkamah
Pelawak dan juga usahawan sensasi, Shuib dah biasa lihat pemfitnah tunduk malu di mahkamah susulan beberapa kes yang pernah dihadapi sebelum ini.
Shuib dah biasa lihat pemfitnah malu, saman untuk beri pengajaran
Memetik laporan dari Harian Metro, Shuib memaklumkan yang dirinya akan melayangkan saman terhadap pengguna media sosial yang sesuka hati melemparkan tuduhan palsu membabitkan syarikat minuman miliknya, Bubblebee Sdn Bhd.
Ujarnya, tuduhan yang dibuat individu berkenaan sangat tidak berasas dan membuatkan syarikat perniagaannya mengalami kerugiaan jutaan ringgit.
“Saya akan mengambil tindakan (saman) ke atas kenyataan seorang pengguna TikTok yang melampaui batas. Sekiranya ingin bercakap soal pengasas sesebuah produk, kita kena fikir apakah kesan yang berlaku kepada individu itu dan juga jenama.
“Jika kesan tidak baik dan boleh mengakibatkan kerugian, perkara itu tidak adil untuk saya dan syarikat memandangkan tuduhan itu tidak berasas. Perniagaan saya ini membabitkan pelabur dan urusan perniagaan yang mencecah jutaan ringgit.
“Jika kenyataan dia itu boleh menyebabkan kerugian berjuta kepada kita, saya boleh ambil tindakan kerana bukan hendak memberi pengajaran kepada orang lain, tetapi kepada diri dia sendiri supaya jangan anggap kenyataan di media sosial itu sebagai main-main,” katanya.
Artikel lain: Shuib hadiri prosiding mahkamah, Watie puasa sunat mohon urusan suami dipermudah
Shuib dah biasa lihat pemfitnah terketar-ketar lepas sedar buat fitnah dekat orang
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Shahmira Muhamad, 40, juga menjelaskan bahawa dakwaan pengguna TikTok yang menyatakan bahawa Bubblebee bukan syarikat bumiputra adalah tidak benar.
Ujarnya, dia sudah biasa berhadapan dengan individu yang melemparkan fitnah ini di mahkamah dan tahu gelagat mereka apabila sudah berada di sana selepas dia mengambil tindakan undang-undang.
“Saya sudah biasa melalui perkara sebegini di mahkamah dan selalunya mereka yang terbabit akan tertunduk malu dan bercakap dalam keadaan terketar-ketar.
“Saya tidak mahu melakukan perkara sebegini, tetapi sekiranya saya tidak melakukan, mereka akan fikir mereka adalah golongan bijaksana dalam berkata-kata.
“Adakah menjadi satu kesalahan besar apabila ada pengarah berbangsa lain dalam syarikat.
Apa yang ingin saya tegaskan adalah syarikat ini dimiliki 100 peratus oleh Bumiputera kerana saya adalah pemegang saham terbesar.
“Jadi, hati-hati apabila bercakap kerana apabila membabitkan syarikat, saya perlu mengambil tindakan,” katanya.
Terdahulu, syarikat Shuib telah berdepan dengan 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.
Walau bagaimanapun, syarikat terbabit beserta dua pengarahnya diwakili Shuib dan Koh Choon Guan selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source