Aliff Syukri mahu ikut stail ‘Old Money’, anak2 persoal tindakan -“Abah nak beli TRX ke?
Usahawan sensasi, Dato’ Seri Aliff Syukri mahu ikut stail ‘Old Money’ yang sedang giat dipromosikan oleh seorang pempengaruh di media sosial apabila memuat naik video meminta pendapat tentang penampilannya kepada anak-anak.
Dalam video yang dikongsi usahawan berkenaan dia dilihat menggayakan sut lengkap sambil bertanyakan tentang penampilan tersebut kepada anak-anaknya yang berada di rumah.
Aliff Syukri mahu ikut stail old money minta anak2 komen penampilan
Menerusi kapsyen yang disertakan, Aliff Syukri bertanya adakah pakaian yang digayakan menyamai stail old money seperti yang sendang heboh diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini.
Anak-anak yang menerpa ke arahnya sempat memberi komen dan menyarankan agar usahawan itu mengikat baju sejuk di bahagian badan agar terlihat hampir mirip dengan pempengaruh tersebut.
Artikel lain: Tubuh geng ‘Old Money’, netizen tuduh Andika Putera tak faham konsep
Aliff Syukri mahu ikut stail old money sebab nak beli TRX juga?
Lebih membuatkan ramai tehibur adalah seloroh daripada anak gadisnya, Qadejah El Zahra yang bertanyakan sama ada bapanya mahu membeli bangunan TRX seperti impian seorang pempengaruh memandangkan sudah berpenampilan sebegitu.
Walau bagaimanapun, isteri kepada Aliff Syukri yang dilihat turut bersiap sama seakan kurang faham dengan gurauan suami serta anak-anaknya berkemungkinan tidak mengikuti isu yang sedang diperkatakan netizen di media sosial.
“Style abah, style.
“Alamak, abah nak beli bangunan TRX ke Abah?” seloroh Qadejah.
Kalau Dato’ percaya la old money
Perkongsian yang mencuit hati itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen apabila masing-masing terhibur dengan konten daripada usahawan tersebut.
Menurut mereka, tanpa perlu berpenampilan seperti pempengaruh tersebut juga Aliff Syukri sudah menjadi ‘old money’ sebenar memandangkan semua orang tahu kehidupannya mewahnya sebelum ini.
Amboi Cess ‘bakar’ abah nampak
Kena beli bangunan TRX juga la nampaknya
Ni bukan old money, ni have money
Hahahah siap suruh abah pakai sweater lagi
Sekadar info, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, istilah old money kerap digunakan oleh pempengaruh sensasi, Andika Putera apabila mempromosikan penampilan tersebut termasuklah membuat video berpakaian sut lengkap dan berjalan di tengah ibu kota.
Konten yang dilakukan dengan mengajak orang ramai berpakaian sebegitu telah dikritik ramai lebih-lebih lagi apabila sudah menonton videonya serta ‘komuniti’ tersebut yang dilihat tidak bersesuaian dengan apa yang cuba ditonjolkan.
Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source