Cara Buat Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih. Sekali Buat Mesti ‘Repeat’
Masakan negara Asean memang serasi betul dengan tekak kita. Bahannya mudah dicari dan rempah ratusnya agar menyamai dengan Malaysia.
Jika negara Thai kaya dengan penggunaan herba, daun limau purut, bunga kantan dan rasa masam pedai menggoda, Indonesia pula lebih dekat rasa sajiannya dengan masyarakat Melayu.
Ni min kongsikan 2 resipi dari Tanah Abang , Indonesia dan 2 hidangan dari negara Gajah Putih, Thailand . Dijamin sedap…
1.OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian
- 500 gm santan segar
- 3 batang serai /diketuk
- 4 helai daun salam6 helai daun limau purut /dicarik
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
- 3 sm lengkuas
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras
- 1/2 sudu teh biji jintan
- 2 sudu makan gula merah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm nasi putih
- 2 biji telur ayam
- 5 ekor udang harimau
- 5 keping isi ayam /dihiris
- 1 ekor sotong putih/dihiris
- 2 ulas bawang putih /dititik
- 2 biji bawang merah/ dihiris
- 5 ekor udang kering/ditumbuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 sudu teh kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
- Telur sarang
- Keropok udang
- Acar mentah
- Chicken boxing
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm isi ayam /dicincang
- 3 ulas bawang putih /dicincang
- 20-30 gm daun selasih
- 7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
- 3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
- 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu teh kicap pekat
- 4 sudu teh gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)
BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor udang /dicincang
- 1 ekor sotong /dicincang
- 4 ekor kupang /dicincang
- 2 biji telur
- 2 batang kacang panjang /dipotong kecil
- 1/4 batang lobak merak /dicincang halus
- 2 batang cili padi /dihiris
- 2 ulas bawang putih /dicincang
- 20 gm daun selasih
- 1/2 biji bawang holland /dicincang
- 2 biji bawang merah/ dicincang
- 10 ml santan
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan pengukus dengan air.
3. Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
4. Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5. Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source