Syifa Melvin bengang, individu samakan wajah anak seperti ‘babi’
Pelakon dan personaliti media sosial, Syifa Melvin bengang apabila seorang individu menghina wajah anak lelakinya iaitu Saif Sulaiman seperti khinzir.
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 30, berkata, dia tidak akan berlembut sekiranya bertemu dengan individu berkenaan yang menggunakan nama Nur Lily Ilyana di Instagram.
Percaya individu berkenaan bersembunyi di sebalik akaun palsu, Syifa meminta orang ramai membantunya menjejaki pengguna Instagram itu.
“Wahai hackers Malaysia, tolong Syifa cari budak ini.
“Anak h**am siapa, tak puas hati pakai akaun palsu. Aku dapat hang, muka hang aku seret kat jalan,”luah Syifa berang.
Artikel lain: Syifa Melvin rimas dengan isteri suka periksa telefon suami – “Jangan biasakan benda ni…”
Syifa Melvin bengang
Ujar Syifa, dia sangat marah kerana individu berkenaan mengutuk anaknya.
“Aku syak dia yang macam b*bi. Bab anak aku, keluarga aku hang jangan sentuh. Hang sakit mental ka bukan masalah aku.
“Aku memang akan cari sampai jumpa. Hang budak ka, terencat akal ka, tak matang ka, mai sini aku ajar hang adab dan cara matang.
“Mungkin mak bapa hang tak ajar hang. Mengetaq dah nak ajar hang. Tolong Syifa cari,”katanya lagi.
Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Kebangsaan iaitu Safawi Rashid pada 28 November 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Saif Sulaiman pada September tahun lalu.
Sumber: Instagram Syifa Melvin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source