Bapa sanggup berhenti merokok, derma buah pinggang kepada anak
Seorang doktor yang juga merupakan pesakit kegagalan buah pinggang tahap lima (akhir) memberitahu bapanya sanggup berhenti merokok demi mendermakan organ buah pinggang buatnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Zulkifli Ayub di laman TikToknya, dapat dilihat bapanya sedang membuat senaman paru-paru menggunakan alat spirometer sebelum pembedahan transplan dilakukan.
Sanggup berhenti merokok
Ujar Dr Zulkifli, pemindahan organ tersebut akan berjalan pada hari ini dan insan tersayangnya itu akan mendermakan buah pinggang sebelah kiri.
“Ayah saya seorang bekas perokok, dia suka sangat jenama Gudang Garam.
“Apabila dia mahu mendermakan buah pinggang kepada saya, dia terus berhenti merokok.
“Ayah saya sendiri akan menderma buah pinggang sebelah kiri kepada saya. Doakan perjalananan transplant kami berjalan dengan lancar pada 19 November ini (hari ini),” ujarnya.
Sanggup berhenti merokok
Artikel lain: Remaja jaga ibu terlantar sakit di hospital, ujian hidup bukan alasan culas belajar
Netizen sebak!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat pengorbanan seorang bapa yang sanggup mendermakan buah pinggangnya untuk anak yang sedang derita penyakit itu.
Semoga dipermudahkan urusan!
Dalam pada itu, ramai mendoakan agar urusan dua beranak tersebut dipermudahkan dan mendoakan agar bapa Dr Zulkifli dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Sumber: TikTok @Zulkifli Ayub
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source