Berhenti sekolah, remaja pinjam Ah Long RM13,000, belanja kekasih mengidam siakap tiga rasa
Seorang remaja pinjam Ah Long sebanyak RM13,000 semata-mata hendak memenuhi kehendak teman wanita yang ingin makan hidangan ikan siakap tiga rasa.
Memetik laporan NST, remaja berusia 15 tahun itu sanggup membuat pinjaman along asalkan rahsia tidak mempunyai duit tidak diketahui kekasih hati.
Kredit Foto: Carian Google
Perkara itu didedahkan oleh Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran, Darul Muttaqim (DM).
Artikel lain: “Suami wajib bayar hutang nafkah tertunggak sama ada sengaja atau tidak..” – UAI
Remaja pinjam Ah Long
Berdasarkan siasatan, remaja dari Selangor itu telah berhutang dengan 12 orang Ah Long.
Menurut pengurus pusat pengajian berkenaan, Fariz Izhar Adrus, remaja terbabit telah meminta bantuan daripada pihak berkenaan dan ia telah dimaklumkan kepada ibu bapanya.
Difahamkan, remaja berkenaan telah berhenti sekolah, meninggalkan sejumlah RM13,000 hutang kepada peminjam wang haram.
“Remaja itu terjumpa iklan di TikTok untuk pinjaman Ah Long selepas teman wanitanya mengidam ikan siakap.
“Mungkin dia terlalu malu (meminjam wang daripada ibu bapanya), dan akhirnya, dia meminjam daripada Ah Long.
“Ibu bapa remaja itu adalah penjawat awam. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersama bapa saudaranya, kerana tidak mahu bersekolah lagi,” katanya.
Kredit Foto: Carian Google
Selain kes remaja itu, DM juga menerima laporan yang lebih mengejutkan melibatkan wanita yang dipaksa menyerahkan bayi mereka kepada Ah Long sebagai ganti penyelesaian hutang.
Sekadar info, lebih 3,700 kes membabitkan individu berusia 15 hingga 60 tahun yang menghadapi masalah dengan pinjaman tidak berlesen, yang diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lepas.
Masalah tersebut menunjukkan betapa pentingnya kesedaran dan tindakan tegas terhadap kegiatan pinjaman haram yang menjejaskan maruah serta keselamatan masyarakat.
Sumber: NST
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source