Kumpulan keempat MALBATT 850-12 berlepas ke Lubnan
Kumpulan keempat MALBATT 850-12 (Kontinjen Malaysian Battalion) berlepas ke Lubnan bagi misi pengaman dan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Keempat Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 di 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, di sini.
Kumpulan keempat kontinjen ini diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Firdaus Shah Budin dengan kekuatan seramai 209 anggota, terdiri daripada 7 pegawai dan 202 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
Kumpulan keempat MALBATT 850-12 berlepas
Kontinjen MALBATT 850-12 secara keseluruhannya berkekuatan 854 anggota, terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP, termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan.
“Penglibatan MALBATT di bawah UNIFIL bukan sahaja melambangkan sokongan berterusan Malaysia terhadap usaha pengaman PBB, tetapi juga memperlihatkan peranan proaktif negara ini dalam mempromosikan kestabilan dan keselamatan antarabangsa melalui pendekatan diplomatik serta penyelesaian konflik secara aman,”menurut kenyataan Kementerian Pertahanan.
Artikel lain: Kumpulan pertama MALBATT 850-12 berlepas ke Lubnan
Tambahnya, atur gerak Kontinjen MALBATT 850-12 telah dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan penghantaran kumpulan pertama pada 6 November lalu.
Penerimaan kumpulan terakhir kontinjen MALBATT 850-11 pula pada 20 November ini dengan menggunakan pesawat BATIK AIR.
“Pertukaran ini dilakukan kerana tempoh penugasan kontinjen MALBATT 850-11 telah tamat dan memerlukan penggantian kontinjen MALBATT 850-12.
“Pertukaran ini juga selaras dengan ketetapan Force Commander Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang turut melibatkan semua negara yang menyertai UNIFIL dengan mengambilkira semua faktor dan situasi semasa,”katanya lagi.
Bagi memastikan kelancaran misi, semua anggota kontinjen MALBATT 850-12 telah menjalani latihan intensif, selain persiapan mental dan fizikal sebelum diaturgerakkan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source