Remaja jaga ibu terlantar sakit di hospital, ujian hidup bukan alasan culas belajar
Tindakan seorang remaja jaga ibu terlantar sakit di hospital yang kelihatan tenang berdepan dengan ujian hidup sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video berdurasi 15 saat itu yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali Nazrin, dia telah berkongsi momen melakukan tugas menjaga dan menguruskan ibu tersayang seorang diri di sebuah hospital terletak di Selangor.
Remaja jaga ibu terlantar sakit
Meskipun remaja dipercayai pelajar sekolah menengah berkenaan diuji , namun dia menganggap apa yang berlaku dalam hidup sebagai ujian untuk menjadi seseorang lebih matang dalam menguruskan sesuatu perkara.
“Sebab itulah, kita dalam hidup ni kan, bila kita ni diuji dengan banyak gila dugaan kan, jangan anggaplah itu sebenarnya semata-mata.
“Anggaplah itu sebagai satu journey (perjalanan) untuk engkau menjadi lebih matang dan pasti ada hikmah disebaliknya,”kongsinya.
Artikel lain: Kanak-kanak usia 12 tahun jaga ibu strok di hospital, tak kisah makan & tidur di lantai
Moga cemerlang dalam peperiksaan!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat dan doa buat remaja berkenaan agar terus kuat menjalankan tugas sebagai seorang anak dan pelajar dalam masa yang sama.
Mereka mendoakan agar jasa dan kebaikannya sebagai seorang anak berbakti kepada orang tua dibalas dengan rezeki yang disangka termasuk lulus cemerlang dalam peperiksaan.
Semoga ibu Nazrin diberi kesembuhan dan dapat melihat anak yang berbakti ini membesar menjadi seorang yang berjaya. InsyaAllah.
Sumber: TikTok whrenaz55
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source