12 ‘Abang Sado’ Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara Maskulin ‘Who’s Your Bro’
Cabaran fizikal, mental dan semangat ‘brotherhood’ antara elemen menarik yang akan dipapar dalam Maskulin Who’s Your Bro, satu lagi program realiti terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Ria.
Hasil kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, ‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal membawa penonton melangkaui batas fizikal dengan menawarkan perspektif baharu bagi genre realiti TV.
Who’s Your Bro Serlah Makna Sebenar ‘Brotherhood’ Antara Lelaki!
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies Nu Ideaktiv merangkap Editor Pengurusan Maskulin, Fiezreen Ahmad berkata Maskulin Who’s Your Bro bukanlah sebuah program skeptikal, dimana buat julungkalinya program ini bakal memberi perspektif baharu terhadap hubungan ‘Brotherhood’ antara lelaki secara realiti.
“Rancangan Maskulin Who’s Your Bro dilihat mampu menyampaikan nilai maskuliniti yang sejati dengan pengisian tentang kisah perjuangan, kesilapan yang diatasi bersama serta bagaimana sokongan rakan mampu membawa perubahan besar.
Malah, seramai 12 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang kerjaya, telahpun disenarai pendek dan akan dipasangkan menjadi duo dinamik, dalam mengharungi pelbagai cabaran yang bakal menguji daya ketahanan dan persahabatan sejati mereka sepanjang rancangan ini.
Maskulin Who’s Your Bro, Bukan Rancangan Realiti Tv ‘Klise’
Mengulas lanjut, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari turut menzahirkan rasa teruja untuk memperkenalkan Maskulin Who’s Your Bro kepada para penonton.
“Program ini membawa naratif baharu dalam dunia realiti TV dengan eksplorasi kekuatan emosi, ketahanan diri, dan bagaimana hubungan brotherhood dapat mencetuskan perubahan.
“Kami percaya bahawa rancangan ini akan merentasi sempadan budaya dan generasi. Dengan produksi yang penuh dedikasi dan penyampaian visual dan naratif yang tidak klise,” ujarnya.
Malah, Idlan dan Fiezreen sepakat bahawa rancangan ini merupakan satu manifestasi sempurna! Dimana sinergi antara kandungan premium Astro dan wawasan strategik Maskulin digabungkan menjadi satu.
“Kolaborasi ini tidak hanya mengubah norma tetapi juga membuka ruang untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang semangat persaudaraan lelaki. Bersama, kami mencipta platform yang meraikan kekuatan emosi dan fizikal secara holistik,” ujar mereka.
Senarai 12 Peserta Maskulin Who’s Your Bro Yang Bakal Berentap!
1. Ikmal Amry (Hero Drama)
2. Theeban G (Pelakon Aksi)
3. Nad (The Tank)
4. Dr Shazif (Doktor)
5. Irwan (Pakar Calisthenic)
6. Hakimi Noordin (Model)
7. Sadam Pittli (Abang Askar)
8. Asyraf (Abang Kontraktor)
9. Faidzal Ali (Abang Nasi Lemak)
10. Chee Wai (Pemilik Gimnasium)
11. Kelvin (Content Creator)
12. Syafiq (Mat Despatch)
Sekadar info, Maskulin Who’s Your Bro diilhamkan untuk mentakrif semula konsep maskuliniti dengan menonjolkan hubungan persaudaraan yang utuh, ketahanan emosi dan daya saing yang sihat antara lelaki.
‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024, setiap Jumaat jam 9 malam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source