Apa Yang Membezakan Mazhab Ibadi Dengan Yang Lain?
Mazhab Ibadi ni dikatakan merupakan mazhab Islam yang terawal, muncul seawal separuh pertama abad pertama Hijrah.
Pengikut mazhab ni kini ramai adalah dari Oman, dimana para Al-Ibaadhiyah (الاباضية) ni merupakan fahaman majoriti rakyat mereka. Minoritinya terdapat di Zanzibar, kawasan pantai Timur Afrika, Jabal Nafusah dan Zuwarah di Libya, Pulau Jerba di Tunisia dan Was Mzab di Algeria.
Perbezaan umum Ibadi dengan Ahli Sunnah ialah sikap mereka terhadap para sahabat terutamanya Saidina Uthman setelah 6 tahun pemerintahannya dan juga sikap mereka terhadap Saidina Ali semasa beliau berperang dengan Muawiyah. Ibadi tak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh mereka ni.
Dari aspek ibadat dan sunnah Nabi (saw), ibadat yang berkaitan dengan sunnah Rasulullah (saw) jika ia hanya dilakukan sekali dan tidak berulangkali, tak dianggap sebagai sunnah oleh Ibadi, dan menganggap sebagai Rasullah saw mempunyai sebab-sebab lain melakukannya.
Maka perkara perbuatan ibadat seperti itu tak dianggap sebagai sunnah. Contohnya seperti Qunut dalam solat, mengangkat tangan dalam Takbir, mengerakkan jari ketika Tashahud, menyebut Amin semasa membaca Al-Fatihah, menambah ‘Solaat Khiarun Mina Al-Noum” semasa azan subuh. Semua perbuatan ini tak dianggap sunnah.
Apa lagi kepercayaan Ibadi ni?
Kebanyakkan buku mereka menafikan sifat-sifat Allah, dimana pada kebanyakkannya mereka lebih mirip kepada Mu’tazilah didalam menyalah tafsirkan sifat-sifat Tuhan.
Mereka menafikan orang yang beriman dapat melihat Allah di hari Akhirat. Mereka bersependapat dengan Khawarij mengatakan Al-Quran dicipta bukan diturunkan.
Mereka juga mentafsirkan beberapa perkara yang kena mengenai dengan akhirat dan menafikan yang ianya benar, seperti Mizan dan Sirat. Namun pada mereka sirat ialah pengertian jalan Islam yang lurus, dan bukannya titian sirat.
Pada Ibadi, mereka yang berdosa akan dimasukkan ke dalam neraka selama-lamanya, maka ini bersamaan dan dipersetuju oleh Khawarij dan Mu’tazilah yang mengatakan bahawa orang yang berdosa akan kekal di neraka selama-lamanya.
Mereka juga menafikan wujud syafaat bagi mereka dikalangan mempercayai Tauhid jika mereka melakukan dosa besar. Bagi mereka, tiada syafaat yang boleh melepaskan mereka dari neraka.
___
Nak tahu bagaimana umat Islam boleh terpecah dengan terlalu banyak mazhab?
Jangan lupa dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM sementara stok masih ada!
https://shope.ee/7AEiV1lQvL
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source