Dirempuh kereta api, mangsa hantar anak ke sekolah berjalan kaki setiap hari
Mangsa yang maut dirempuh kereta api Allahyarham Lena Gabin menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dengan berjalan kaki dari kediamannya di Kampung Muhibbah, Petagas.
Adnan Mohd Said, 47, yang juga sepupu kepada suami Allahyarham berkata setiap hari Lena akan lalu di hadapan rumahnya dan kali terakhir melihat mangsa pada pagi tadi.
Beliau berkata mereka sekeluarga menerima berita kejadian itu melalui aplikasi Whatsapp keluarga kira-kira 1.30 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi nahas yang tidak jauh dari rumahnya.
Dirempuh kereta api
Artikel lain: Ibu bapa mohon kelonggaran, anak guna pangkalan haram Sungai Golok pergi sekolah
“Allahyarham hari-hari lalu depan rumah saya dan tengah hari tadi kami menerima berita menyedihkan.
Anak bongsunya juga cedera dalam kejadian itu dan sudah dibawa ke hospital.
“Allahyarham yang juga seorang mualaf dan suri rumah mempunyai empat orang anak,” katanya kepada pemberita di Kampung Petagas di sini hari ini.
Dalam kejadian tengah hari tadi mangsa maut di tempat kejadian manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh kereta api dari Putatan menghala ke Kota Kinabalu ketika melintas landasan di hadapan Kampung Petagas di sini.
Dirempuh kereta api
Sumber gambar: Bernama
Sementara itu, Naib Presiden I Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara Hashima Hasbullah Hashim yang berada di lokasi kejadian hanya menyedari kemalangan itu berlaku apabila kereta api berkendan berhenti secara tiba-tiba.
Hashima berkata kebetulan beliau dalam perjalanan untuk mengambil anakya pulang dari sekolah.
Beliau berkata tiada bunyi hon daripada kereta api ketika kejadian dan beliau bersama orang ramai turut membantu kanak-kanak itu sementara menanti ketibaan ambulans.
Sumber: Bernama
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source